Halaman

Khamis, Jun 14, 2012

KENAPA DIORANG TAK PERTIKAIKAN 'MCA'???


Itu satu persoalan yang diajukan kepada Semut oleh seorang sahabat baru - baru ni. Dia pun heran dengan perangai Si Nizar Lilin tu.

Kenapa la dia bodoh sangat nak pertikaikan pasal isu WWW 1 tu sedangkan sebelum ini, nombor plat MCA 1 pun mahal jugak harganya. Hampir jugak mencecah RM 500ribu.

Kenapa masa tu tak de pulak orang yang tampil dan mempersoalkan pasal bidaan nombor plat ni? Tak de pun orang suruh Majlis Fatwa keluarkan hukum dalam pembidaan.

Soalnya, kenapa bila Tuanku Sultan Johor berjaya membida nombor plat WWW 1, ianya menjadi satu isu yang kecoh? Sebab dia pemimpin? Atau sebab Tuanku orang Melayu?

Adakah hanya golongan pemimpin sahaja yang sepatutnya memberikan sedekah kepada golongan miskin? Bagaimana pula dengan orang lain?

Kalau macam tu keadaannya, kenapa pulak PAS Kelantan mintak sedekah dari rakyat untuk membina Lebuh Raya. Sepatutnya, pemimpin je la yang bagi sedekah tersebut.

Kan nampak sangat ironiknya apa yang mereka lakukan? Hanya semata - mata nak komen tanpa berfikir terlebih dahulu membuatkan dia seorang yang bodoh.

Tapi, bila orang kata dia bodoh, dia marah pulak. Bila nak bercakap, main ikut sedap mulut je. Sekarang, dah kena lempang dengan Tuanku Sultan Johor, tau pulak menggigil mintak maaf. Tau pulak dia kecut telur. Lain kali Nizar, fikir pakai otak, bukan Kepala Lutut!!!
NUSAJAYA: Sultan Johor bertitah adalah tidak perlu untuk memberi publisiti kepada semua apa yang baginda telah lakukan untuk kebajikan.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda sentiasa menggunakan saluran yang betul untuk melakukan sesuatu.
Oleh itu, titah baginda, orang-orang seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak perlu mengulas mengenai tentang perkara yang beliau tidak tahu.
Baginda bertitah demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian perhimpunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang kelima di sini.
Nizar, Pesuruhjaya PAS Perak, ketika mengulas tawaran Sultan untuk nombor plat kereta WWW 1 dilaporkan berkata, wang itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin.
Sambil menyatakan kemarahan terhadap komen Nizar, baginda bertitah adalah lebih baik Nizar berdiam diri daripada membuat kenyataan.
"Adakah dia lupa adat istiadat Melayu kita atau dia memang jahil dan berfikiran cetek?
"Beliau tidak harus bertindak seperti bijak jika dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang berlaku dan membuat kenyataan apabila tidak tahu perkara sebenar," titah Sultan.
Nombor plat kenderaan WWW 1 itu digunakan untuk kereta nasional Proton Satria milik baginda.

1 ulasan:

  1. salam perjuangan...
    mohon linkkan

    http://harapan-esok.blogspot.com/

    di blog saudara...

    blog saudara telah s linkkan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.