PETALING JAYA: Pelakon jelita Kilafairy yang memiliki bibir seperti pelakon Hollywood Angelina Jolie ini menghabiskan masa menonton tidak kurang dari lima buah filem seminggu untuk memperbaiki mutu lakonannya.
Anak kepada penyanyi Rohana Jalil yang berusia 20 tahun itu berkata, dia sanggup menghabiskan masanya dengan menonton cakera video digital (DVD) hampir setiap hari.
"Dalam seminggu saya akan menonton lima buah filem di rumah dan ini tidak termasuk lagi filem-filem yang ditonton di panggung wayang.
"Tetapi saya sebenarnya jarang keluar rumah dan menonton adalah sebahagian daripada aktiviti harian saya jika tidak mempunyai sebarang penggambaran," kata pelakon filem Karak dan Hoore! Hoore! ini.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, masa kosongnya juga diisi dengan menguruskan butiknya, "Rack" di City Mall USJ 19, Subang Jaya.
"Saya juga seorang yang cenderung dalam perniagaan terutamanya yang membabitkan fesyen wanita.
"Walaupun Rack masih lagi baru, saya harap perniagaan ini dapat berkembang sehingga ke luar negara. Pada 13 Jun ini, saya akan melancarkan butik saya itu," tuturnya.
Kilafairy juga akan muncul dengan single keduanya berjudul Pasti, ciptaan penyanyi Amylea Azizan tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.