Halaman

Ahad, Jun 10, 2012

MAHABERUK NI MEMANG TAK SEDAR DIRI!!!


Kan Semut dah cakap semalam. Si Mahaberuk sekor ni bukan jenis manusia yang sedar diri. Walaupun dia dikenakan hukuman, namun ianya tak memadai bagi dia.

Kelmarin, Si Mahaberuk ni telah digantung pengajiannya selama 1 tahun setengah gara - gara tindakan dia terlibat dalam demo PTPTN dan Bersih 3.0.

Ianya disifatkan sebagai satu tindakan yang memalukan serta mencemar imej UiTM secara tidak lansung. Maka sebab itu dia dikenakan hukuman tersebut.

Namun, bukan niat Semut untuk mengatakan bahawa tindakan UiTM itu satu tindakan yang tidak munasabah. Semut sokong tindakan tersebut.

Malah, pihak UiTM masih lagi berlembut dengan Si Mahaberuk ni walaupun dia telah melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya. Dia diberi peluang untuk merayu.

Tinggal lagi, dengan hanya menggantung Si Mahaberuk ni tidak mampu membuatkan dia insaf. Sebaliknya, dia semakin besar kepala dan angkuh.

Ibarat macam orang bagi bunga, tapi Si Mahaberuk ni balas dengan taik!!! Dia ni jenis manusia yang tak mengenang budi baik orang lain.

UiTM sikit punya baik bagi dia peluang untuk membuat rayuan dan mahu dia meneruskan pelajaran bagi menjamin masa depan dia sendiri.

Tetapi, sebaliknya, Si Mahaberuk ni tidak sedikit pun menghargainya. Dia bagaikan meludah semula kepada muka orang yang hendak menolongnya.

Hari ini, dia mengambil keputusan untuk mencabar tindakan yang telah dikenakan ke atas dirinya oleh pihak UiTM didalam mahkamah.
SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, yang kelmarin digantung tiga semester, mahu mencabar keputusan pusat pengajian tinggi itu di mahkamah.

“Saya akan teruskan perjuangan saya di mahkamah agar Akta 174 ini (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976) dimansuhkan. Sama seperti perjuangan mahasiswa untuk hapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) satu ketika dulu,” kata beliau kepada Sinar Harian Online. 
Nah!!! Inilah yang Semut maksudkan dengan perumpamaan 'Bagai melepas anjing dari tersepit, akhirnya tangan kita jugak yang dia gigit'!!!

Adakah orang seperti ini yang hendak dijadikan contoh kepada orang lain dimasa akan datang? Adakah orang ini layak untuk jadi pemimpin?

Jelas, apa yang dilakukan oleh Si Mahaberuk tu sebelum ini adalah atas tindakan dia sendiri. Dia sendiri yang cari penyakit. Bila dah diberi hukuman, dia tak nak pulak mengakuinya.

Demikianlah sifat - sifat manusia yang munafik. Bila dah dibuat sesuatu yang buruk, dia tidak akan mengakuinya. Biarpun dihadapan Allah sekali pun. Dia tetap tidak mengaku bersalah.

Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah nama dia pun Mahaberuk. Apa lagi yang dia boleh buat selain dari menerima arahan dan membuat kecoh tak tentu arah!!! Sendiri cari penyakit, sekarang rasa la ubatnya!!!

2 ulasan:

  1. Tengok muka nya pun menyampah!
    Baru mengaji,dh nak jadi guru!
    Baru bertatih mengaku pendekar!
    Konon aku ni maha hebat,nak membela bangsa kononnnnn!!!
    Budak macam ni orang kampong saya panggil anak HEMPURAS!!!!!kalau bagi dia pehang emas pun jadi besi buruk!

    BalasPadam
  2. Layakkah orang ini jadi pelajar jurusan undang2 padahal dia tahu akibat melanggar undang2 akan menerima hukuman yang harus setimpal dengan kesalahan dia yang dia lakukan tapi dia lawan balik keputusan yang sah dari segi undang2.dan kita seharusnya sedia maklum apabila manusia jenis ni andaikata jadi pemimpin atau pengubal undang2, apa akan jadi??mampukah dia mermatabatkan undang2??aisshhh..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.