Halaman

Isnin, Jun 11, 2012

MANA PENGUMUMANNYA???


Jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam. Mata masih lagi teraba - raba mencari kesahihan cerita Negeri dibawah Bayu berkaitan lanskap Politik mereka.

Malah, dalam laman - laman portal Pro Pakatan Pembangkang juga masih tidak ada sebarang laporan mengenai isu tersebut. 

Adakah ianya satu lagi penipuan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu untuk menutup kemaluannya di Sabah?

Menurut kata Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin, Si Ketua Penipu tu tiba di Sabah pada jam 1 petang tadi bagi menghadiri program Kaamatan di Kota Belud.

Malam pulak ada jamuan dan diisi dengan satu acara memalukan Barisan Nasional Sabah dengan penghijrahan dua tokoh BN.

Dua orang yang dimaksudkan tu ialah Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing, Timbalan Presiden UPKO.

Tapi, sampai ke saat artikel ini ditulis, masih lagi tidak ada berita mengenainya. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah ianya hanya taktik kosong Si Ketua Penipu tu sahaja?

Mana la tau ye tak. Sejak kebelakangan ni, Si Ketua Penipu tu kurang mendapat sambutan. Ke mana sahaja yang dia pergi, tak de orang pun yang datang.

Jadi, dengan buat cerita macam ni, mungkin akan meramaikan orang untuk mengetahui cerita sebenar mengenainya. Buat cerita bohong, ramai la yang datang.

Itu semua hanya kemungkinan sahaja. Sama ada dua tokoh tu akan keluar parti atau tidak masih tidak dapat disahkan. Apa yang sahnya ialah cerita dibawah.

Bab ini yang membuatkan Si Ketua Penipu tu kemaluan di Sabah!!! Bukan satu, bukan dua, tapi 80 orang Pemimpin PKR yang bertindak keluar parti.

Antara sebab mereka bertindak sedemikian adalah kerana tidak lagi percaya dengan apa yang diperjuangkan oleh Si Ketua Penipu tu. 

Si Ketua Penipu tu jelas hanya pandai bercakap je. Tapi, apa boleh buat, ye tak. Dah memang itu je kerja yang dia tau buat!!! Dia bukan tau buat kerja lain!!!
BEAUFORT 7 Jun - Seramai 80 bekas pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort hari ini bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di sini.

Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Lajim Yusoff berkata, keputusan menyertai BN kerana percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

"Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana selama ini kami perhatikan semua projek Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.

Kami tidak percaya lagi kepada parti pembangkang (PKR) yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah," katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Don di Kampung Limbawang di sini.

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.