Halaman

Sabtu, Jun 16, 2012

MUSTAFA ALI MEROYAN CARI DUIT NAK BAYAR SAMAN!!!


Fuh!!! Ada peluang la PAS nak kutip derma dari rakyat untuk bantu Setiausaha Agung diorang ni bayar saman fitnah yang dah buat. Saman pulak bukan sikit - sikit. RM 10juta wo!!!

Itulah. Dulu masa bercakap, main ikut sedap mulut je. Tak de la nak pikir dulu sebelum keluarkan kenyataan. Dah jadi macam ni, baru la sesak. Tu pasal orang suruh fikir pakai kepala otak, bukan Kepala Lutut!!!
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Julai ini untuk memberi keputusan berhubung saman RM10 juta yang difailkan oleh Umno terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan tiga pihak lain.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh itu selepas peguam kedua-dua pihak selesai memberikan hujahan akhir, hari ini.

Umno diwakili Setiausaha Umno Selangor, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang memfailkan saman pada 14 September lalu dengan menamakan Mustafa; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd; penyunting akhbar berkenaan Ahmad Lutfi Othman dan wartawan Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.

Saman itu antara lain menyebut, Mustafa menerusi satu artikel bertajuk "Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais" didakwa telah mengaitkan Umno dengan serbuan Jabatan  Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, pada 3 Ogos lalu.

Pada prosiding semalam, peguam mewakili Mohd Zin, Datuk Mohd Hafarizam Harun berhujah bahawa kenyataan Mustafa berhubung artikel itu telah menjejaskan reputasi Umno.

"Mustafa tidak menafikan beliau membuat kenyataan itu dan ia diterbitkan oleh Harakah. Beliau juga akui dapat info menerusi panggilan telefon. Ia khabar angin. Beliau sendiri tidak tahu siapa yang membuat panggilan telefon itu, yang beliau dakwa daripada Jais.

"Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam keterangannya memberitahu serbuan Jais tiada kena-mengena dengan Umno atau mana-mana parti politik. Ini jelas menunjukkan kenyataan Mustafa berbentuk fitnah," katanya.

2 ulasan:

  1. Boleh mintak sama N.Ajis, tebang balak 50-60 batang leh la setel hutang fitnah TokPa Ali tu...

    BalasPadam
  2. ape susah sgt..mintak kt aljuburi je..apela sgt dgn 10juta tu..cina ckp "sap sap sui"

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.