Halaman

Sabtu, Jun 16, 2012

ORANG TEMERLOH PERLU BERHATI - HATI!!!


Jangan terkejut dengan tajuk artikel diatas ni. Berita ni sebenarnya bukan cerita baru. Tapi ianya semkin hangat diperkatakan sekarang ni.

Sebelum ni, dah ada blogger Pembangkang yang dedahkan perkara ni. Dan dari apa yang Semut dengar, cerita ni tak boleh dipandang mudah oleh orang Temerloh sendiri.

Dalam sedar tak sedar, sekarang wujud gerakan memecah belahkan orang Melayu di Temerloh. Nak pulak bagi mereka yang terdiri dari ahli UMNO sendiri.

Dari sumber yang dipercayai, gerakan tersebut dibawa oleh pihak tertentu bagi mengucar kacirkan Politik di Temerloh sendiri.

Mereka akan membahagikan Temerloh kepada dua puak. Satu puak mereka akan diceritakan pasal senarai nama calon dimana nama Ahli Parlimen sekarang tidak tersenarai.

Cerita ini akan disebarkan dikalangan mereka yang Pro kepada Ahli Parlimen tersebut supaya timbul rasa tidak puas hati dikalangan mereka.

Sekiranya nama Ahli Parlimen tu tidak disebut nanti, maka akan timbul konflik. Mereka ini akan memboikot Pilihan Raya tersebut.

Walaupun pada hakikatnya, senarai nama calon masih belum keluar, sudah timbul cerita seumpama itu untuk menjejaskan kesepakatan dikalangan rakyat Temerloh.

Dengan satu puak lagi, mereka akan bawa cerita pasal keburukan Ahli Parlimen sedia ada. Macam - macam cerita akan direka untuk menjatuhkan kredibilitinya.

Jadi, bila nama dia dicalonkan semula nanti, sudah tentu puak - puak yang dengar cerita ni pula akan memboikot Pilihan Raya yang akan datang dan tidak mengundi Ahli Parlimen tersebut.

Jika perkara ini berlaku, maka kerja pihak yang satu lagi tu akan menjadi mudah. Mereka akan mengambil kesempatan sedia ada. Itulah caranya.

Maka, perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh diambil secara sambil lewa. Apa yang penting, orang Temerloh perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Semut yakin. Ikatan ukhwah dikalangan orang Temerloh tidak mudah tergugat dengan cerita - cerita yang seperti ini. Namun, mereka masih perlu berhati - hati.

Walau siapa pun yang akan dicalonkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang, calon tu perlu tahu tugas dan tanggungjawabnya. Dia perlu disenangi rakyat.

Yang paling penting, dia boleh buat kerja sebagai Wakil Rakyat. Bukan setakat nak kejar jawatan macam yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Bila bertanding, berebut - rebut nak ke jawatan. Tapi, bila dah terpilih, jangan kata nak nampak muka. Bayang - bayang pun tak nampak. Wakil rakyat menda kejadahnya kalau macam tu!!!

Maklum la. Puak - puak Pakatan ni sanggup buat apa saja demi untuk memenangi Pilihan Raya termasuk la merekayaksa cerita yang bukan - bukan. Sedangkan dikalangan diorang pun boleh buat benda macam ni, apatah lagi dikalangan parti Barisan Nasional!!!

2 ulasan:

  1. Aku penyokong tegar UMNO, secara jujurnya aku akan sokong siapa juga ahli UMNO yg bertanding selain drp ahli Parlimen skrg!!! Bnyk janji p/raya lepas tak ditepati, cthnya, mana IPTA yg dijanjikan? Bangunan UMNO terbiar pun tak boleh nak setel...

    BalasPadam
  2. org temerloh ni ramai yg bodoh. termasuk lah Timbalan Menteri IPTA tu.
    lagi satu byk yg tamak. itu la kesempatan di ambik PAS.
    tapi malang nya PAS pulak pun asyik buat program syok sendiri. dia org memang anti UMNO.
    utk pru ni, semantan akan dpt pada UMNO. ini kerana PAS langsung tak buat apa apa. hingga kan melawat jenazah hanya utk parti PAS sahaja.
    aku tau sebab mak saudara aku PAS lawat, Pak Sedara aku dia org langsung tak pandang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.