Halaman

Ahad, Jun 17, 2012

PENGAKUAN PANAS DARI NEELOFA!!!


Bersama dua peguam yang dilantik, Neelofa bukan sahaja menegaskan segala tuduhan Anzalna kepadanya tidak benar sama sekali malah pihaknya juga telah menghantar tuntutan notis menuntut penjelasan dan bukti tentang tuduhannya itu dalam tempoh seminggu berkuat kuasa Rabu lepas.

Ikuti rasa hati Neelofa terhadap isu yang hangat melanda dirinya itu.

S: Apa yang membuatkan Lofa nekad untuk mengambil tindakan?

N: Lofa dah kena banyak kali, sebelum ini dengan artis lain pun Lofa kena benda yang sama. Tapi kali ini kenyataan yang dikeluarkan agak keras dan 100 peratus tidak benar dan sebab itu Lofa perlu buat sesuatu untuk bersihkan nama dan reputasi kerana Lofa pun pegang beberapa jenama. Dalam tempoh jangka pendek atau panjang ia akan beri kesan kepada diri Lofa.

S: Sebelum ini Lofa sudah kena perkara yang sama tapi masih boleh bertoleransi, tapi kenapa baru sekarang ambil tindakan?

N: Sebelum ini Lofa boleh bertoleransi tetapi kali ini kenyataannya agak teruk dan tuduh Lofa macam-macam. Tidak adil untuk Lofa mendiamkan diri begitu sahaja kerana perkara ini beri kesan pada diri Lofa.

S: Sebelum ini Tasha Shila ada buat kenyataan tapi Lofa tidak ambil tindakan pun?

N: Kalau tengok daripada artikel Tasha, ia cuma cakap begitu sahaja. Lama kelamaan orang faham. Cuma kali ini berbeza.

S: Kenapa Anzalna buat kenyataan Lofa marah?

N: Lofa memang marah dengan kenyataan Anzalna. Kenapa dia buat macam ni? Jangan main-main dengan benda macam ini. Jangan fikir, dia bagi kenyataan suka-suka yang tidak betul macam itu.

S: Apa tindakan Lofa?

N: Kita ikut undang-undang yang betul. Kalau dalam masa tujuh hari, dia tidak tampil dengan bukti dan penjelasan, barulah tindakan selanjutnya diambil. Peringkat kedua kita bagi pilihan, sama ada dia nak buat atau tidak dan seterusnya bergantung kepada reaksinya.

S: Jika dalam masa tujuh hari, dia tidak endah notis tuntutan itu, macam mana?

N: Kalau selepas tujuh hari dia tidak mampu menyediakan bukti, kita akan ambil tindakan seterusnya di mana dia akan diberi pilihan sama ada memohon maaf atau kami saman dia. Apa pun tengok keadaan waktu itu.

S: Betul ke sejak pertandingan Dewi Remaja lagi Lofa sudah bergaduh dengan Anzalna?

N: Ya, kami sama-sama masuk Dewi Remaja. Semua aktiviti yang kami buat ada disiarkan di Astro Ria, memang antara kami berdua ada isu dan begitu juga dengan peserta lain.

Apa pun isu masa Dewi Remaja sudah selesai sebelum Lofa menang. Tapi lepas menang, kemenangan Lofa dipersoalkan, kata Lofa tidak layak menang dalam Facebook keluarganya. Kemudian ada pertelingkahan antara peminat Lofa dengan keluarga dia.

Lepas itu keluar akuan Kami Benci Anzalna, dia tuduh Lofa yang buat. Dulu masa tak popular, orang kisah. Sekarang ini baru orang ambil kisah.

Sekarang ini apa yang Lofa nak tahu, mana bukti yang mengatakan Lofa buka akaun itu atau hina dia dalam Facebook. Lofa hanya nak info dan bukti atas dakwaan dia itu.

S: Lofa dilihat lantang meluahkan rasa hati di Twitter dan ada yang melihatnya seola-olah Lofa suka cari pasal dengan orang lain?

N: Lofa tidak suka cari pasal dengan orang. Pandangan Lofa tentang kemenangan Tasha Shila itu tidak ada kaitan dengan iri hati tapi ia amat rasional. Pandangan jujur Lofa itu logik kerana banyak pihak dalam industri ini juga mempunyai pandangan yang sama. Mereka tidak menyangka dan terkejut dengan kemenangan Tasha.

S: Adakah persaingan menjadikan Lofa dan artis baru sanggup bergaduh?

N: Kalau daripada pihak Lofa, tidak pula terfikir untuk bersaing menjadi lebih cantik, popular atau banyak job. Orang lain Lofa tak tahu. Bagi Lofa, artis yang suka bergaduh ini nampak macam low standard dan tidak ada kelas. Itu sebab Lofa tak nak bergaduh di media. Lofa buat sidang akhbar ini sebab nak selesaikan secara rasmi.

S: Apa pengajaran yang Lofa dapat daripada kejadian ini?

N: Kesal tapi ia mengajar Lofa cara menjawab, berfikir dan bertindak. Lofa sedar siapa kawan, siapa lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.