Pertembungan Denmark dan Portugal dalam perlawanan kedua Kumpulan B Euro 2012 baru sahaja berakhir dan sebagaimana telah diramalkan menyajikan aksi yang rancak dan sengit apabila masing-masing turun untuk mencari kemenangan.
Kedudukan akhir Portugal mengatasi Denmark 3-2.
Selepas gagal dalam perlawanan pertama Kumpulan B, Portugal nyata beraksi garang untuk mengatasi Denmark 3 -2 dalam pertemuan penuh dramatik, sekali gus menghidupkan peluang dalam saingan Euro 2012.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena Lviv, menyaksikan pertembungan sengit kedua-dua pasukan apabila masing-masing turun untuk mencari kemenangan penting.
Denmark yang mengasak kubu lawan pada babak awal perlawanan bagaimanapun tersentak apabila Portugal memperoleh gol pertama pada minit ke-25 menerusi Kleper Pepe.
Portugal yang semakin menemui rentak kecemerlangan memperolehi gol kedua pula menerusi Helder Postiga pada minit ke-35.
Denmark yang turun untuk mengukuhkan kedudukan selepas berjaya mengutip tiga mata sebelum ini merancakkan permainan dengan menjaringkan gol tunggal kira-kira lima minit kemudian menerusi Nicklas Bendtner pada minit ke-41.
Bersambung babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing, namun tiada berkesudahan.
Portugal yang memperolehi banyak peluang untuk menjarakkan mata namun tidak berjaya dilakukan apabila semuanya tersasar.
Namun percubaan Denmark akhirnya membolosi gawang lawan apabila Nicklas Bendtner berjaya mengikat kedudukan 2-2.
Portugal yang tersentak dengan jaringan tersebut mula mengatur strategi dan serangan demi serangan gawang Denmark berjaya dibolosi pada minit ke-86 untuk mendahului 3-1.
Kemenangan ini membolehkan Portugal berjaya membawa pulang tiga mata untuk membuka peluang mencari slot ke suku akhir nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.