Halaman

Khamis, Jun 07, 2012

SAM KETOT PUN MEROYAN PASAL ISU PTPTN!!!


Ini lagi sekor beruk yang suka meroyan dan buat kecoh tak tentu arah. Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah nama dia pun Ketua Anak Muda Kecoh. Memang itu la kerja dia.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Si Sam Ketot ni tuduh Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi agen kepada pihak kerajaan.

Soalnya, kenapa pulak dia nak salahkan PTPTN dalam isu ni? Bukan ke diorang jugak yang bangkitkan isu tu sebelum ini? Diorang jugak yang buat desakan. 

Jadi, kenapa pulak diorang nak marah tak tentu arah ni? PTPTN hanya menjalankan tuntutan yang diorang buat sahaja. Itu pun salah jugak ke?

Sebelum ni, diorang jugak yang beria - ia bagi sokongan dan dorongan kepada geng - geng Mahasewel tu untuk berdemo menuntut agar PTPTN dimansuhkan.

Tambahan pulak, idea untuk buat tuntutan tu pun katanya datang dari puak - puak Anak Muda Kecoh jugak demi untuk memancing undi anak muda di Universiti.

Malah, dengar ceritanya, diorang jugak yang bagi dana supaya demo tersebut dapat diadakan. Jika benar cerita tu, kenapa diorang nak naik angin ni?

Itulah akibat kalau suka sangat buat kerja yang tak tentu arah!!! Sekarang, bila dah kena batang hidung sendiri, tau pulak diorang nak mengadah!!! Pepatah Inggeris sebut; "Don't Swallow Things That You Can't Chew!!!" Takkan diorang tak pernah dengar kot!!!
PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu.
PTPTN dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
"PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandang berat cadangan serta desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai kerajaan negeri seperti Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bersedia menyediakan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekali gus menolak pinjaman PTPTN.
"PTPTN percaya terhadap kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma. Oleh itu, pinjaman PTPTN di kalangan pelajar tidak diperlukan," kata kenyataan itu lagi.

5 ulasan:

  1. wei mana adam adli yang beria2 sangat ptptn nak mansuh tu skerang sam ketot marah pulak apa lagi demo depan suk selangor lah...

    BalasPadam
  2. risiko bagi pinjaman sebab dah ada ura2 tak nak bayar..

    BalasPadam
  3. Aku selau komen tak elok buat fitnah, aku ni pun ahli umno bila aku komen tak elok finah mereka kata aku ni pr PR, sedih kadang2 komen aku tak disiarkan langsung. Semut cuba tengok ari ni aku baca sedih sangat aku baca komen2 mereka. 100 plus letak gambar PM pada tin minuman tersebut. Cuba semut bayangakan mereka kata tak beli ada gambar PM, ada yang kata kita beli habis minum buang tong sampah lepas tu biar pengutip sampah kutip penyet tin dan jual kat besi buruk. Cuba semut bayangkan apa perasaan semut dengan situasi ini. Bagi aku inilah perkara yang amat menyedihkan aku dalam banyak2 cerita dari blog yang pernah aku baca. Kalau kau iklas pamirkan komen aku ini dalam ruangan komen blog kau.

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada pengurusan PTPTN kerana membekukan permohonan pinjaman PTPTN kepada warga baru Unisel..supaya Nuar, Rafizi lembu dan kumpulannya tau langit tu tinggi ke rendah..jangan pandai menjual air liur je..sekarang tunaikan pemberian pengajian secara percuma dinegeri yang kalian perintah..kenapa perlu melompat menyalahkan orang lain..kalian juga yang menggunakan adam serta rakan2nya mahasiswa yang tak berapa pandai dok berlonggok lelaki pompuan kat dataran merdeka meminta supaya kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN…so pengurusan PTPTN dan laksanakan…cari laa sumber sendiri untuk membiayai pengajian warga Unisel baru tu..

    Kepada warga baru Unisel..jangan dok tunggu buah yang tak mungkin gugur..so lebih baik cari tempat pengajian lain yang tidak dibekukan pinjaman wang PTPTN..jangan jadi bodoh dan biarkan diri dipergunakan oleh puak-puak ni sebab kebelakangan ni disetiap demontrasi jalanan..kebanyakan warga Unisel dikerah untuk menyertainya..kalian pergi Universiti untuk belajar dan menjadi harapan mak bapak..jangan biarkan diri dijadikan kuli batak dan pacacai untuk kepentingan peribadi manusia keparat..sebab tak guna menyesal dikemudian hari sekiranya berlaku sesuatu hal ..puak2 ni buat tak reti jee..

    Nak bagi pendidikan percuma konon..
    Sungguh manis, sungguh senang berjanji itu dan ini semata-mata untuk meraih undi. Gunung yang ada pun kalau dicangkul hari-hari akan menjadi rata, inikan pula hasil utama negara. Apakah dasar pemerintahan Anwar dan pembangkang mahu dengan mudah memperoleh dan membelanjakan hasil negara tanpa mengambil kira implikasinya?

    Macam mana masa depan negara kalau berbelanja dengan tidak berhemah? Kalau bagi mereka memerintah, lima tahun lagi negara akan hancur dan kucar-kacir. Lihatlah apa yang sedang berlaku di negeri di bawah pemerintahan pembangkang, tidak nampak kemajuan. Air tak cukup, sampah tak dibuang, rumah untuk rakyat tidak dibina.

    Pembangkang hanyut ke sana ke sini menabur janji, macam NATO (No Action Talk Only). Mana perginya janji dulu? Sekarang terus buat lagi pelbagai janji baru walaupun janji dulu masih belum nampak banyak ditunaikan di negeri di bawah pembangkang setelah lebih empat tahun memerintah.

    Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang. Anwar berasal dari sana, menang di Parlimen Permatang Pauh, diperintah oleh pembangkang. Apa sumbangan dia kepada orang Melayu Pulau Pinang?

    Kemajuan dan pembelaan kepada anak bangsa amat jauh sekali. Malah ramai orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke Sungai Petani dan negeri berdekatan kerana semua tahu sebabnya. Ini salah satu negeri yang di bawah pembangkang bersama Anwar yang tidak ambil kira kepentingan bangsa Melayu.

    Kalau di Pulau Pinang yang dia menang pun Anwar tidak dapat berbuat apa-apa, inikan pula memerintah negara. Janganlah kata orang, kera di hutan disusui anak di rumah mati kelaparan.

    Marilah kita sama-sama tanya apa yang telah Anwar lakukan untuk kebaikan dan pembinaan anak bangsa di kawasannya. Tak ada satu pun projek atau kejayaan yang dapat dibanggakan daripada dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu hingga sekarang. Yang ada hanyalah janji kosong. Yang dapat hanya kuncunya yang terus menyokong walaupun akan membawa rebah kelak.

    Dalam kehidupan kita boleh tipu seorang dua, tetapi tidak boleh tipu semua orang.

    BalasPadam
  5. Sebusuk2 penyokong dan pemimpin pembangkang kata tentang UMNO/BN ada jugak rakyat mendapat manfaat secara sedar atau tidak. Contoh BR1M (ramai penyokong pembangkang yg dulu isi borang takut tak dapat), Kedai 1Malaysia, Bantuan Persekolahan Anak2. Sudsidi barangan harian, petrol dll berterusan.

    Pembangkang apa ada bagi? - yg dihidabgkan utk rakyat semata-mata cerita palsu (fitnah), tuduhan tanpa bukti, janji2 bohong dan palsu hanya guna air liur. Huruharakan keamanan negara adalah! Bantuan ekonomi mana ada? Kalau ada yg sedikit tu pun utk kroni dan penyokong mereka saja mcm di Selangor (PKR).

    Di PP, bukan nak bantu rakyat kurang kemampuan, halau mrk secara senyap keluar PP adalah (DAP).

    Dan yg paling teruk, tak tahu nak membantu tapi pandai bercerita tentang kebajikan rakyat, umum projek berbilion rgt mintak derma jihad lah wakaf lah, tapi bila projek tak jadi, derma sedekah jihadnya hantar terus kesyurga (PAS)!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.