ITALI mempamerkan aksi cemerlang apabila mencatatkan kemenangan berharga 2-0 ke atas Republik Ireland pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Stadium Municipal, Poznan, awal pagi ini (waktu Malaysia).
Pada babak awal perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan permainan yang berhati-hati dan seimbang.
Itali mula menemui rentak di tengah babak perlawanan apabila mula bermain agresif dengan menampilkan serangan balas berbahaya ke gawang Republik Ireland, namun berjaya dikawal ketat oleh benteng pertahanan pasukan itu.
Asakan demi asakan akhirnya menewaskan pertahanan Republik Ireland. Tandukan Antonio Cassano pada minit ke-35 berjaya membolosi gawang lawan untuk mendahului 1-0.
Klik Kat Sini |
Manakala SEPANYOL muncul juara Kumpulan C apabila mengatasi Croatia 1-0 dalam perlawanan terakhir saingan kumpulan, Euro 2012 di Stadium Arena, Gdansk.
Gol dihasilkan oleh Xavi Hernandez pada minit ke-88 permainan. Pertahanan Croatia menyangkakan dia telah berada dalam kedudukan ofsaid tetapi malangnya, gol itu telah diiktiraf pengadil.
Penguasaan bola kedua-dua pasukan amat seimbang ketika awal minit permainan, malah sangat berhati-hati. Sepanyol dan Croatia saling berbalas serangan namun tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.