Kalau orang kata Si Khalid Gagap ni BODOH, dia marah. Paling tidak pun, penyokong - penyokong dia akan menyalak dan menyatakan benda yang bukan - bukan.
Kalau orang kata dia bengong pun, nanti ada pulak Si Minah Muka Berminyak tu tampil untuk mempertahankan 'Big Bos' dia ni. Tapi, itulah hakikatnya.
Si Khalid Gagap ni memang sudah terserlah kebodohan dirinya sendiri dimana dia jelas GAGAL untuk mengurus-tadbir Kerajaan Negeri Selangor dengan baik.
Mungkin, ini adalah satu petanda dimana dia sebelum ini cukup gah mendabik dada mengatakan dia yang banyak berkhidmat untuk rakyat.
Seolah - olah, hanya dia sahaja yang telah membantu rakyat Selangor tanpa bantuan dari orang lain. Kenyataan dia jelas menunjukkan dia seorang yang riak dan sombong.
Habis keliling Malaysia dia pusing dan mengatakan dia buat itu ini. Hanya dia sahaja pemimpin yang buat semua tu. Pemimpin lain tak pernah buat semua tu.
Jadi, sekarang, kalau dia benar - benar 'Bagus' sangat, kenapa isu berkaitan dengan isu air di Selangor ni masih tidak dapat ditangani?
Kenapa masih banyak lagi alasan untuk dia berikan sedangkan keadaan sudah semakin kritikal setakat ini? Adakah dia nak orang Selangor kering baru dia nak bertindak?
Soalan yang paling utama ialah kenapa dia bekeras tidak mahu meneruskan pembinaan Loji Langat 2 seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini?
Bukankah kaedah itu lebih memudahkan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah air ini? Jadi, kenapa dia masih enggan untuk meneruskannya?
Sekarang dia yang pegang kuasa. Dia yang boleh tentukan segalanya. Bukankah itu dakwaan dia sebelum ini dimana dia yang menentukan setiap sesuatu dalam Negeri Selangor?
Kata Si Khalid Gagap ni, Projek Langat 2 tu hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Jika benar sekali pun dakwaan tersebut, kenapa dia tak laporkan kepada pihak SPRM?
Adakah dia meletakkan dendam kesumat terhadap Kerajaan Pusat dan Barisan Nasional lebih utama daripada kepentingan rakyat?
Jelas, dari satu sudut persepsi ringkas, kita semua boleh lihat. Si Khalid Gagap ni seorang yang GAGAL!!! Dia GAGAL membezakan dendam dan tanggungjawab.
Dia GAGAL menjalankan tugas dengan baik. Dan, dia GAGAL sebagai Menteri Besar!!! Kalau perkara seperti ini pun dia tak mampu nak buat, baik tak payah jadi pemimpin la woi!!! Duduk kat rumah lagi bagus, tak de la menyusahkan orang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.