Halaman

Selasa, Jun 12, 2012

TASHA, ANZALNA DAN NEELOFA DITEGUR PRESIDEN!!!


Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan. 

"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.

"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. 

"Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin. 

"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.


Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha. 

Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan. 

Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi. 

"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah. 

"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.

5 ulasan:

  1. bagus macam ni baru artis semua tak hilang akal dan asyik merepek je. bagus jugak idea zed zaidi ni.

    BalasPadam
  2. Bagus juga Zed.. Nanti kau sebat 3 ekor ni buat bini kau

    BalasPadam
  3. yang tukang settle pun 2 x 5...pigidah...dia pun patut kena sekat jugak...memalukan SENIMAN jer...kuang kuang kuang

    BalasPadam
  4. "Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.
    -eleeehhh... dia sendri pun meluahkan prasaan tak puas hati kat aaron aziz.. nak tegur orang tp dri sendri x sedar... eh zed zaidi, ko tak rasa malu ker? 1 malaysia tahu sikap ko tu then ko pula nak ajar 3 org 'diva' yg sama spesies mcm ko tue... one word for u zed, shameless... xmalu kau tu. kalau aku jd bini kau,malu tengok sikap kau ni. seriuss...

    BalasPadam
  5. Wah tegas sungguh si zed zaidi tu...bagus2. jap lagi xde artis bergaduh2 lg. tp kalau nk sekat artis dr berlakon tu. mungkin implikasi nya besar silap2 kena saman lg. babnya melibatkan periuk nasi org.

    tp taniah utk zed zaidi yg merupakan persiden seniman yg baru. kena buat perubahan yg positif dl organisasi SENIMAN tu. byak kan aktiviti yg positif...dan jgn lupa kebajikan artis2 veteran tu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.