Sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang terutamanya Parti Angguk Saja tu agak bangga apabila ramai artis yang mula 'berhijrah' kepada mereka.
Kalau kita tanya pada artis tu kenapa mereka berhijrah ke PAS, mereka akan jawab sebab mereka nak berubah dan melihat PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Agama.
Malah, ada jugak dikalangan mereka yang kata bahawa PAS memperjuangkan agama berlandaskan hukum Al - Qur'an dan Sunnah.
Tak perlu lagi kita persoalkan mengenai perkara tersebut kerana memang jelas, mereka masih baru dalam mengenali Parti Angguk Saja tu.
Rasanya, dalam blog Semut ni pun dah banyak kali diulangi bahawa PAS bukan pejuang Agama. Mereka hanya merupakan sebuah parti Politik sahaja.
Mereka lebih mendahulukan Politik dari perkara lain termasuk la agama sekali pun. Mereka hanya mempergunakan Islam sebagai alat untuk meraih sokongan.
Perkara tu jelas dan sudah pun diakui oleh pemimpin - pemimpin PAS sebelum ini secara terang - terangan. Jadi, macam mana pulak artis tu boleh kata PAS ni pejuang Islam?
Sama ada diorang nak terus sokong perjuang Retorik PAS yang hanya mempergunakan agama sebagai alat untuk memecah belahkan Ummah, itu diorang punya pasal.
Tapi sebagai seorang bekas pengikut PAS, Semut nasihatkan agar mereka mengkaji perjuangan parti itu terlebih dahulu. Jangan mudah sangat melihat kepada kulit buku.
Sekarang, apa yang perlu mereka buat ialah untuk menjelaskan dakwaan yang dibuat sendiri oleh ahli PAS ini. Adakah benar mereka dibayar untuk tampil dalam ceramah?
Perkara ini boleh dianggap satu dakwaan yang serius kerana ia menjejaskan kredibiliti mereka sebagai seorang artis dan figura kepada msyarakat.
Namun, perkara seumpama ini tak heran kalau betul ianya berlaku. Mana tidaknya. Kehadiran artis -artis ni sebenarnya tidak disenangi oleh ahli - ahli PAS sendiri.
Kewujudan mereka dalam PAS hanya dilihat sekadar mahu meraih populariti semata - mata. Bukannya tujuan untuk menjaga Kebajikan Rakyat!!! Dalam erti kata lain, ahli PAS anggap artis dalam PAS ni hanya buat semak je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.