Halaman

Rabu, Julai 11, 2012

AMOI NI FAMOUS DARI 'CHINADOLL' ANUWAR!!!

Ketika ini pula muncul seorang lagi selebriti keturunan Cina yang cuba mencari ruang untuk menambat hati peminat Melayu. Berasal dari Petaling Jaya, Selangor, jelitawan itu tidak lain daripada Soo Wincci, 26.

Penyandang gelaran Ratu Cantik Malaysia 2008 ini nyata semakin popular sejak muncul dalam program realiti masakan popular di Astro Ria, MasterChef Selebriti Malaysia (MSM).


Namun bukan saja dunia masakan yang digemari Soo kerana dia juga sedang bersiap sedia menjadi artis rakaman dengan album sulungnya dalam bahasa Melayu sedang dipantau komposer handalan Ajai.



Berbicara mengenai MSM, Soo akui dia memang minat bidang masakan sejak berusia lima tahun lagi. Malah ketika kecil, dia selalu menemani ibunya ke dapur dan rajin membelek buku resipi masakan.



“Tambahan pula apabila saya belajar di luar negara dulu, saya sudah terbiasa masuk ke dapur untuk memasak sendiri. Selama dua tahun menetap di United Kingdom, perkara rutin saya di rumah adalah memasak.

“Apapun penyertaan saya dalam Masterchef Selebriti ini sebenarnya adalah atas ‘paksaan’ dua pengurus saya iaitu Dominic dan Wan. 

"Mereka tahu saya suka memasak, jadi mereka yang beria-ia suruh saya masuk program itu,” kata Soo dalam pertemuan khas di Studio Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Kata Soo, dia sendiri tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti dia kena memasak di depan kamera.

“Itulah yang paling mencabar. Selalunya kalau masak di rumah, kita boleh buat apa yang kita suka sebab orang tidak nampak. 

"Ini tidak, saya dan semua peserta lain kena memasak mengikut resipi yang diberikan di depan kamera dan dalam waktu yang sangat singkat! Siapa yang tak rasa tertekan?” ujarnya.

Soo berkata, dia tetap tabah mengharungi setiap tugasan. Katanya, apatah lagi masih ada stigma beranggapan wanita cantik biasanya tidak pandai memasak atau malas ke dapur.

“Itu memang salah. Bagi saya kecantikan rupa seseorang wanita itu adalah satu bonus. Semuanya bergantung kepada kesedaran diri dan cara pembesaran seseorang itu dalam keluarga. 

"Memasak juga perlu dipupuk dengan minat. Kalau ada semua itu, sesiapa saja boleh memasak kerana ia suatu hobi yang sangat menyeronokkan dan tiada batas sempadan.

“Pun begitu tidak dinafikan bidang masakan hari ini semakin dimonopoli lelaki. Bagi saya, sama ada lelaki atau wanita, semua orang sama saja. Masing-masing ada kehebatan dan kekurangannya. 

"Macam dalam MasterChef Selebriti juga, memang tak dinafikan artis lelaki nampaknya lebih menonjol. Peserta wanita hanya saya dan Juliza (Adzlizan) saja yang masih kekal,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.