PEKAN - Atlet angkat berat negara Azizah Fadzil menebus kekecewaan selepas gagal layak ke Olimpik dengan meraih dua pingat emas acara snatch dan clean & jerk bagi kategori 53kg wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, di sini pada Rabu.
Azizah yang mewakili Pulau Pinang unggul dalam saingan itu setelah melakukan angkatan seberat 64kg kategori snatch dan 80kg bagi clean & jerk pada acara yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah.
Atlet tuan rumah, Nurul Qistina Mohd Kenali meraih perak dengan angkatan 60kg (snatch) dan 74kg (clean & jerk) manakala Nur Fariesha Irwana Mohd Supian dari Kelantan di tempat ketiga dengan angkatan 59kg (snatch) dan 73kg (clean & jerk).
Namun, Azizah sedikit kecewa apabila gagal dalam percubaan mengangkat bebanan 77kg (snatch) dan 91kg (clean & jerk) untuk memecahkan rekod kejohanan.
"Memang sangat puas hati dapat sumbang pingat emas kepada Pulau Pinang. Tetapi saya kecewa sebab tidak dapat pecah rekod Sukma bagi kedua-dua kategori itu.
"Bagaimanapun, kemenangan hari ini dapat menebus kekecewaan saya selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik di London," katanya.
Ps: Jangan bila dah kahwin nanti silap - silap dengan suami pun, dia jugak yang angkat. Macam - macam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.