KUANTAN: Sarawak muncul juara keseluruhan acara wushu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 apabila Andy Chan Song menyumbangkan emas terakhir kepada kontinjen negeri itu pada Jumaat.
Andy Chan mempamerkan aksi kemas dalam kategori Nangun lelaki untuk mengutip 9.60 mata pada acara yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang, Gambang dekat sini.
Selangor menerusi Low Wei Yoong memenangi pingat perak dengan 9.56 mata manakala Loh Chun Wai dari Negeri Sembilan meraih gangsa dengan pungutan 9.47 mata.
Andy Chan, 19, turut menyumbang satu pingat emas menerusi kategori Nandoa, semalam.
"Memang sangat gembira dapat sumbang pingat emas buat Sarawak, memang agak tertekan semasa acara tadi sebab kedudukan pingat emas antara pasukan Sarawak dan Negeri Sembilan sama.
"Tetapi jurulatih dan rakan sepasukan banyak memberi kata-kata semangat sebelum saya masuk ke gelanggang. Akhirnya saya dapat juga pingat emas hari ini...memang puas hati," katanya.
Selepas berakhir acara wushu hari ini, Sarawak muncul juara keseluruhan acara itu setelah mengutip tujuh pingat emas, tujuh perak dan tiga gangsa.
Negeri Sembilan di tangga kedua dengan enam emas, enam perak dan lima gangsa manakala Pulau Pinang di tempat ketiga dengan tiga emas, dua perak dan tiga gangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.