Fuh, Hebat!!! Demi Si Nik Aziz, Si Suami yang tak bertanggungjawab tu sanggup menuduh isteri dia menipu dalam kenyataan yang diberikan sebelum ini.
Kontroversi perceraian suami isteri warga emas ini berlaku dan mula menarik perhatian dunia Politik semasa kerana ianya jelas menunjukkan yang PAS tersasar dari perjuangannya.
Mengulas mengenai perkara tersebut, SiNik Aziz telah menuduh UMNO sebagai punca kepada wujudnya jurang perbezaan Politik sehingga perkara tersebut berlaku.
Namun, dia tidak mampu untuk menipu sejarah. Malah, dia juga tidak mampu untuk mencipta sejarah baru sebagai seorang yang bertanggungjawab merapatkan jurang tersebut.
Mana tidaknya. Sudah berapa kali UMNO menghulurkan tangan untuk bersepakat dan bersatu padu dalam mewujudkan hubungan Politik dengan PAS.
Dan setiap kali tangan itu dihulurkan, siapa yang menolaknya kalau bukan dia jugak!!! Kerana dia sahaja, idea Kerajaan Perpaduan telah ditolak.
Malah dalam rundingan sulit diantara kepimpinan tertinggi PAS dan UMNO sebelum ini pun, yang menolak idea tersebut juga adalah dia selaku Mursyidul Am PAS.
Jadi, apa haknya Si Nik Aziz tu nak tuduh orang lain sedangkan dia sendiri menjadikan jurang tu semakin luas!!! Jangan la dia ingat rakyat tak tahu perkara tersebut. Rakyat bukannya bodoh sangat sampai tak dapat nak nilai yang mana intan dan yang mana kaca!!!
KOTA BHARU - Bekas suami seorang guru agama, Yahaya Ibrahim, 78, menafikan menceraikan isterinya itu disebabkan perbezaan fahaman politik.
Lelaki itu sebaliknya mendakwa, dia menceraikan Che Hasnah Che Ahmad, 61, kerana bekas isterinya itu telah sesat akibat tidak mengamalkan ajaran Islam.
Dia bagaimanapun berhasrat untuk rujuk tetapi dengan syarat wanita itu mesti kembali kepada ajaran Islam.
"Cerai bukan sebab politik tapi dia sudah sesat. Ia bukan setakat solat lima waktu tetapi banyak aspek yang menyesatkan.
"Saya cerai sebab dia tidak ikut cara Islam seperti ajaran Nabi Muhammad SAW, seperti yang dikehendaki oleh Allah," katanya di sini hari ini.
Ketika diajukan soalan apakah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu yang bercanggah dengan ajaran Islam, Yahaya bagaimanapun enggan mengulas.
Sementara itu, ketika ditanya adakah perbuatan isterinya mendengar ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai satu perbuatan yang salah di sisi agama, Yahaya juga enggan menjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.