Halaman

Khamis, Julai 12, 2012

BERAPA TAHUN PULAK BARU SELESAI PADANG NI!!!


Kalau sebelum ini, Si Khalid Gagap tu telah pun didesak oleh pelbagai pihak untuk mendedahkan kertas putih berkaitan isu skandal Talam Corp.

Tapi kata Khalid, kertas tu masih tak dapat didedahkan lagi buat masa ni. Alasan yang diberikan oleh Si Khalid Gagap sebab Audit masih tak siap.

Bayangkan. Nak selesaikan kertas putih yang berkaitan dengan duit rakyat yang berjuta - juta tu pun mengambil masa yang lama, inikan pulak isu Padang PKNS ni.

Kata Si Khalid Gagap tu, dia perlu menyemak semula kertas siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Selcat sebelum keputusan diambil.

Entah bila la pulak Si Khalid Gagap tu nak buat keputusan bagi mengatasi masalah tersebut. Sedangkan dia pernah janji nak selesaikan isu DUMC sampai hari ni, Hapah pun tarak!!!

Apa lagi yang dia nak pertimbangkan? Bukan ke puak - puak PKR ni selalu kata yang diorang berjuang untuk rakyat? Jadi, apa yang dia nak pertimbangkan lagi?

Apa gunanya dia ada kuasa tapi tak mampu nak gunakannya? Tarik je la balik projek pembinaan pusat komersil dikawasan tu. Habis cerita.

Yang dia nak bagi alasan bukan - bukan ni sebab apa? Sebab dia masih ada kepentingan dalam projek pembinaan tersebut? Ke sebab kroni dia ada share dalam projek tu?

Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang sekadar tahu bercakap je. Kalau bercakap pulak tak nak kurang. Mesti kena mendabik dada.

Sekarang, dabik la dada tu puas - puas. Canang la keliling Malaysia mengatakan yang diri dia tu GAGAL nak selesaikan isu rakyat!!! Kalau setakat cakap besar je apa guna!!! Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!!
SHAH ALAM: Kerajaan negeri hari ini memberi jaminan untuk mengambil kira hasil siasatan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung status padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan membuat keputusan mengenai projek kontroversi tersebut selepas meneliti laporan penuh Selcat.
 
"Kerajaan negeri akan menerima laporan Selcat untuk kita usahakan satu penyelesaian," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang ingin mengetahui mengenai status terkini cadangan pembangunan hartanah bagi memajukan kawasan padang PKNS di Kelana Jaya.

1 ulasan:

  1. sebelum PRU13 ni pkr dah berura ura nak ambil padang PKNS.kalau dia menang pru nanti dia pasti ambil padang tu nanti untuk pembangunan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.