Halaman

Rabu, Julai 11, 2012

BLOGGER PEMBANGKANG AKUI KERAJAAN BN TERBAIK!!!


Sedar atau pun tidak, seorang blogger Pro Pakatan pembangkang semalam secara terang - terangan memuji Kerajaan Barisan Nasional kerana membela nasib Felda.

Dalam satu artikel yang disiarkannya menunjukkan yang Kerajaan BN jelas menjaga kebajikan dan memberi kelebihan kepada warga Peneroka secara keseluruhan.

Perkara ini cukup jelas sehinggakan Pengurus - Pengurus Felda juga turut tertarik hati dengan cara Kerajaan BN menjaga nasib pihak Peneroka.

Blogger terbabit mengakui bahawa pendapatan yang diperolehi pihak Peneroka jauh lebih lumayan dari apa yang dimiliki oleh Pengurus.

Mereka juga turut ingin untuk menjadi Peneroka dengan mengisi borang bagi membolehkan diri mereka menjadi Peneroka Baru.

Tetapi, umum tahu yang pihak Felda tidak lagi mengambil permohonan untuk menjadi Peneroka sejak tahun 1990an lagi.

Maka, apa yang ditulis didalam blog tersebut ternyata hanya satu omongan kosong sekadar untuk memperngaruhi pihak tertentu dan memutar belitkan fakta sahaja.

Perlu juga diingatkan bahawa kerja dengan sebuah organisasi seperti Felda memang jauh bezanya dengan kerja secara bersendirian.

Sebagai contoh. Kerja dipejabat, gajinya tetap dan dibayar mengikut bulan manakala kerja sendiri pula memberikan pendapatan mengikut keadaan.

Kalau ambil contoh orang yang berniaga, gaji yang dia dapat bergantung kepada keuntungan yang diperolehi pada ketika itu. Kalau banyak untung, besar la gajinya.

Seterusnya, perkara ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan Barisan Nasional juga turut berjaya mendidik rakyat terutamanya dikalangan Melayu Peneroka untuk berdikari.

Kalau mereka nak berjaya, mereka perlu rajin bekerja. Kalau tidak, dapat la setakat apa yang ada. Itu sahaja hakikatnya. Bukannya susah nak faham benda - benda macam ni.

Tinggal lagi, tindakan seperti yang dilakukan oleh blogger tersebut telah menimbulkan satu kepayahan. Mungkin dia lebih suka rakyat Malaysia ni kerja makan gaji gamaknya.

Bukan apa. Nanti senang la diorang nak kawal rakyat Malaysia ni. Boleh la main ugut - ugut. Kalau tak sokong diorang, ugut la gaji akan dipotong. Kita bukan tak tau taktik keji diorang ye tak. Semuanya membohong belaka!!! Bukannya diorang ikhlas nak membantu pun!!!

1 ulasan:

  1. Kalau bab nak sokong kerajaan, mana yang faham sokong le, tapi yang jenis otak macam keldai, cakap apa pun PR juga betul, dah terang sikap pemimpinnya bodoh dan banggang masih lagi nak sokong. Kerajaan buat apa pun untuk rak yat semuanya tak betul, asyik nak bangkang je, naik meyampah ada lah, sikit-sikit gunakan perkataan RAKYAT untuk cover parti mereka, seolah kerajaan yang ada sekarang ini zalim. Mereka kena faham defenasi zalim. Kalau kerajan sekarang zalim dah lama anak bini kena rogol le, kena pancung le dan macam-macam lagi perbuatan zalim yang tak perlu nak dijelaskan, hanya orang yang bodoh dan banggang yang tak faham erti zalim. Kalau dah kerajaan sekarang dah bantu rakyat bermacam-macam, tak kan tak faham lagi. Kenapa bodoh sangat, asyik nak membangkan je. Dah lah pembangkan, cukup cukup lah, jangan nak gunakan rakyat slogan rak dizalimi lah, rakyat ditindas lah, macam-macam lagi nak meganggu pemerintah yang sedia ada, biarlah sekarang sekarang kekal memerintah. Hidup rakyat sekarang aman damai tenang, hanya yang hati busuk macam bangkai je yang tak tenang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.