Bila mula - mula dengar berita ni, Semut pun agak terkejut jugak. Ingatkan Cik Puan Azrinaz ni bakal menjadi pengacara baru untuk rancangan Nona.
Kalau dia jadi pengacara baru, dah tentu la ada pengacara lama yang kena buang. Tergugat la kedudukan Fara Fauzana dan Si Neelofa tu.
Tapi, bia baca sampai habis, rupanya dia jadi penghias majalah Nona. Bukannya rancangan TV tu. Itulah pentingnya baca cerita sampai habis.
Jangan la ambik berita ni sekerat - sekerat. Jangan pulak jadi macam blogger Pakatan Pembangkang yang ada kat Pahang ni. Belum apa - apa, gempar je lebih.
Semalam dia lalu kat Stadium Darul Makmur, nampak ramai orang. Tak tau sebab apa orang ramai macam tu, dia terus tulis status dalam Facebook.
Kata dia, orang ramai tu sebab Majlis Penutup Sukan Malaysia Pahang 2012. Lepas tu dia siap tuduh pulak, acara tu dibuat dalam keadaan hujan lebat.
Macam mana pulak dia boleh kata Majlis Perasmian Penutup SUKMA tu malam semalam sedangkan ianya akan diadakan malam ni? Nampak sangat la mamat tu main balun je ikut suka hati dia. Bukannya dia nak siasat pun apa sebab orang ramai kat stadium semalam!!!
SUDAH lama sebenarnya impian untuk menjadikan Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim sebagai penghias wajah hadapan Nona, tetapi kesempatan itu belum terbuka.
Lantaran itu saya membawa angan-angan itu berganti tahun dan akhirnya alhamdulillah... kala menyuarakan hasrat tersebut awal bulan lalu pada Saidatulnisa, Azrinaz bersetuju.
Namun tarikhnya belum dapat diputuskan kerana tuan punya diri terlalu padat dengan pelbagai urusan. Beliau di Malaysia hanya untuk beberapa hari bagi menjalani rakaman program ON AIR, kemudiannya akan terus terbang ke Singapura, Brunei, London dan Sepanyol.
Oh! Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan insan yang pernah mengejutkan rakyat Malaysia dan Brunei dengan kisah perkahwinannya, malah pernah menjadi insan dikenali dunia.
Namun, saya enggan berputus asa, berbalas pesanan ringkas melalui Saidatulnisa sebagai insan perantaraan.
Kata saya, jika Azrinaz tidak sempat balik ke Malaysia, ingin sekali saya ke Singapura atau Brunei bagi memenuhi impian ini. Jawab Azrinaz, "amboiiiii bukan main lagi Kiffy ni!"
Dengan pantas saya berbalas, "saya memang betul-betul inginkan Azrinaz sebagai penghias wajah depan Nona, berusaha tangga kejayaan."
Selang beberapa hari dan secara berterusan, pesanan ringkas saya sering mengganggu Saidatulnisa dan Azrinaz! Maafkan saya kerana selagi tidak diputuskan tarikh pertemuan, tidak boleh duduk diam dibuatnya.
Alhamdulillah, saya mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu. Rasa kebahagiaan bertamu, sujud syukur saya kepada-Nya kerana membuka pintu hati Azrinaz untuk menerima lamaran ini.
Namun sehari sebelum sesi fotografi diadakan, petang itu saya menerima pesanan ringkas dari Azrinaz mengenai busana yang ingin dipakai. Kata sepakat diputuskan Azrinaz akan membawa beberapa helaian koleksi peribadinya dan saya akan memilih beberapa lagi daripada pereka tempatan. - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.