Halaman

Sabtu, Julai 14, 2012

CINTA PUNYA PASAL, AWEK NI SANGGUP TIPU BAPAK DIA!!!


MENJADI sebahagian daripada sejarah Marvel Comics tidak kira dalam apa jua platform, tentunya suatu pengalaman mahupun peluang yang bermakna bagi seseorang pelakon di Barat.

Hakikat ini kerana aura setiap adiwira atau ‘superhero’ dalam koleksi Marvel mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia dan sangat berpengaruh dalam ruang galaksi komik.

Ketika ini, tumpuan peminat filem diberikan kepada Gwen Stacy, 17, pelajar kolej yang meminati dunia sains khususnya biologi. Sebab utama Gwen mendapat perhatian itu tidak lain kerana dia gadis yang dicintai Peter Parker/Spider-Man.


Inilah keseronokan serta kepuasan yang sedang dirasai aktres jelita, Emily Jean Stone atau nama komersialnya, Emma Stone, 23, yang duduk di barisan pelakon utama The Amazing Spider-Man bersama Andrew Garfield dan Rhys Ifans.




Sebelum ini, dalam saga Spider-Man arahan Sam Raimi lakonan Tobey Maguire, penonton sudah melihat Peter Parker begitu asyik bercinta dengan Mary-Jane Watson lakonan Kirsten Dunst.



Namun untuk versi ‘reboot’ Spider-Man arahan Marc Webb tahun ini, watak Gwen Stacy pula muncul dan menjadi sangat dominan di sisi lelaki berkuasa ‘araknida’ itu. 

Mengikut komik yang dicetuskan penulis legenda, Stan Lee melalui komik Marvel, Gwen adalah kekasih hati Peter pada zaman dia menuntut di kolej.

Kata Emma yang ditemui Harian Metro bersama-sama media antarabangsa lain di Cancun, Mexico, pertengahan April lalu, pengalaman membintangi The Amazing Spider-Man yang mula dibikin sejak penghujung 2010 adalah sesuatu yang cukup bermakna kepada dirinya sebagai seorang pelakon.

“Seperti pelakon lain, saya juga melalui proses uji bakat untuk membintangi filem ini. Ketika sedang terbabit dengan penggambaran filem The Help, saya dihubungi pihak Sony Pictures.

“Kemudian sewaktu tayangan perdana filem Easy A, saya pun pergilah ke sesi uji bakat filem ini bersama Andrew (Garfield). 

"Saya masih ingat lagi, ketika itu saya memang tidak sihat tetapi saya fikir apa salahnya pergi ke uji bakat kalau orang mahu memberi kita peluang. Nyata akhirnya usaha saya itu berbaloi,” kata Emma.

Menceritakan mengenai watak itu, Emma berkata, Gwen adalah seorang gadis yang bijak, sukakan pengajian sains dan sangat yakin dengan apa yang dilakukannya.

“Gwen anak seorang ketua polis dan dia sangat rapat dengan keluarganya terutama ayahnya. Disebabkan Gwen satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, ayahnya sentiasa bimbang dan mahu melindunginya sepanjang masa.

“Namun selepas mula mengenali Peter, Gwen mula jatuh hati dengan lelaki itu dan terpaksa mengambil risiko untuk berkawan secara senyap-senyap. 

"Dia juga memahami tidak semudah itu ayahnya akan menerima kehadiran Peter, apatah lagi Peter begitu obses mempertahankan perjuangan Spider-Man untuk membanteras jenayah di New York,’ kata Emma lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.