Halaman

Ahad, Julai 22, 2012

KHALID GAGAP TERUS DICABAR!!!


Dah berapa kali Si Khalid Gagap ni kena cabar, kita pun dah tak boleh nak kira dah. Tapi, ada dia peduli? Ada dia ambik tau? Tak de der!!!

Dia buat pekak je semua rungutan, aduan dan desakan yang dibuat. Itu pasal la dia boleh buat - buat tak tau je kes yang jadi kat padang PKNS Kelana Jaya tu.

Korang fikir la sendiri. Sebelum ni, diorang suka mendabik dada mengatakan yang diorang memperjuangkan suara rakyat. Tapi bila rakyat bersuara, diorang buat tak tau pulak.

Itu memperjuangkan suara rakyat Kepala Tengkorak dia!!! Setakat cakap je pandai la. Tapi bila suruh buat, semuanya tak reti belaka. Bukan suara rakyat biasa je yang diorang buat - buat tak peduli. Suara ahli sendiri pun diorang buat tak tau, perjuang menda kejadahnya!!!
SHAH ALAM - Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) mencabar kerajaan Selangor menukar wakil mereka dalam pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana ia dilihat gagal menjelaskan kedudukan sebenar krisis air di negeri itu kepada Menteri Besar dan barisan Exconya.

Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, perkara itu perlu dibuat sebab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya masih tidak faham bahawa krisis yang sedang berlaku ialah kekurangan air terawat akibat permintaan tinggi dan bukannya kekurangan air sungai, lombong ataupun empangan.

"Meskipun kerajaan negeri mempunyai pegangan saham sebanyak 30 peratus serta wakil dalam pengurusan Syabas, Menteri Besar tidak faham mengenai sistem bagaimana proses air itu berjalan iaitu dari air mentah sehingga ke air terawat.

"Oleh yang demikian, daripada mengambil alih pengurusan Syabas, lebih baik mereka tukar dahulu wakil mereka di dalam syarikat itu," katanya kepada pemberita di pejabat GPRS di sini hari ini.

Sohaimi berkata kerajaan negeri perlu sedar bahawa loji rawatan air sedia ada tidak lagi mampu merawat kapasiti air terkini yang diperlukan pengguna dan hanya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dapat menyelesaikan masalah itu.

Dalam pada itu, Sohaimi berkata, GPRS akan mengetuai 20 badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendengar taklimat mengenai isu air di Selangor di ibu pejabat Syabas di Kuala Lumpur pada Selasa.

3 ulasan:

  1. komen saya
    1. Jangan gelar orang dengan gelaran yang tak disukai . Ini menunjukkan tuan punya blog tak belajar agama
    2. Kalau kamu jadi pemimpin belum tentu jadi pemimpin yang baik entah-entah lagi teruk. Sebab orang yang selalu kritik orang lain sebenarnya orang ini nak tutup kelemahan diri. Orang yang lemah sahaja selalu cari kesalahan orang tapi lupe nak hitung kelemahan dan kesilapan diri.
    3. Jangan fikir orang lain tak ade otak untuk fikir dan berfikir seperti ape yang kamu fikir...orang pun sekolah juga...

    BalasPadam
  2. Saya peliklah bila orang pakatan atau penyokong pakatan buat semua buruk belaka tapi bila orang BN lebih buruk pun tutup macam tak ade ape-ape...sikap double standard ni lah yang buat orang lebih meluat kat orang BN benci tahap gaban...

    BalasPadam
  3. kalau orang BN guna Umi Afilda...tak salah.......sah-sahlah kawan tu pun perangai tak senonoh ...ayak sana...ayak sini....geli telinga dibuatnya...itu lagi dahsyat ape demo semua buta dan pekak ke

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.