Wah!!! Memang betul la. Malaysia ni memang mudah sangat diserang dengan satu sindrom. Kalau ada cerita pasal Pedang Samurai, semua pakat keluar cerita yang sama.
Semuanya gara - gara kes orang Gila mengamuk kat Putrajaya hari tu la. Orang tu datang mengamuk guna pedang samurai. Entah apa yang nak dikeratnya, tak tau la.
Tapi, orang gila tu siap mengaku yang diri dia tu Imam Mahdi. Memang sah la dia Gila ye tak. Nasib baik la tiga orang ni tak pulak mengaku yang diorang tu pun Imam Mahdi. Kalau tidak, Naya wo!!! Marah pulak dek Ketua Penipu tu nanti!!!
KUANTAN — Seorang pemilik kafe siber di Bukit Setongkol, di sini kerugian RM2,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan pedang samurai di premisnya malam tadi.Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa, 20, bersama seorang pekerja didatangi suspek dengan seorang daripadanya berpura-pura sebagai pelanggan.Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, sejurus kemudian dua lagi suspek bersenjatakan pedang samurai meluru masuk lalu mengacukan senjata itu ke leher mangsa."Suspek kemudian bertindak merampas dan melarikan wang tunai RM2,000 hasil kutipan perniagaan di premis tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Mohd Jasmani berkata mangsa mendakwa dua daripada suspek tersebut melarikan diri menaiki sebuah kereta manakala rakannya menunggang motosikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.