Halaman

Rabu, Julai 11, 2012

MAHFUZ BEAN DICABAR 'SOUND' RONNIE LIU!!!


Macam mana? Berani tak Si Mahfuz Bean tu 'sound' Si Ronnie Liu dalam tindakan terbaru yang dilakukan oleh Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor tu?

Kalau Si Mahfuz Bean tu kata dia tak de kuasa nak 'sound' Si Tokey Rumah Urut ni sebab tak melibatkan kawasan dia, apa tengkoraknya dia cabar UMNO hari tu?

Kalau betul la Si Mahfuz tu benar - benar seorang yang nak memperjuangkan Islam, dia perlu mempertahankan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Sebelum ini, MDKS memutuskan agar semua panggung wayang yang ada dalam kawasan daerah tersebut diasingkan diantara lelaki dan perempuan.

Bukankah tindakan mengasingkan jantina ini juga merupakan satu tuntutan syariah? Jadi, Si Mahfuz tu memang patut menyokong tindakan MDKS.

Itu pun kalau dia berani la nak 'sound' Si Ronnie Liu tu kan. Kalau tidak, memang sah la dia tu setakat tau cabar orang je. Bila kena pada batang hidung sendiri, dia tak berani nak buat.

Nak harapkan pemimpin PAS Selangor yang mempertahankan MDKS tu? Jangan harap la!!! Diorang sokong Si Ronnie Liu tu lagi ada.

Sedangkan zaman Datuk Dr. Hassan Ali hari tu pun diorang buat tak tau, inikan pulak sekarang ni. Memang lagi la tak boleh diharapnya!!!

Bukan setakat diorang buat tak tau je. Malah siap dikecamnya pulak Datuk Dr. Hassan Ali. Tu pun sebab nak larang penjualan arak yang dah memang tentu - tentu haram. 

Jadi, PAS nak kata diorang memperjuangkan Islam menda jadahnya lagi!!! Setakat cakap je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM, 10 Julai – Ronnie Liu hari ini menggesa Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor untuk membekukan peraturan baru di panggung wayang yang memisahkan antara penonton lelaki dan wanita yang belum berumah tangga.

“Baru-baru ini dilaporkan MDKS mengadakan peraturan baru, di mana di Kuala Selangor ada satu panggung wayang yang memisahkan kerusi pasangan Islam yang belum berkahwin apabila masuk ke panggung wayang ... kerusi mereka mesti diasingkan.

“Keputusan ini belum dibuat dan MDKS tidak buat rujukan kepada negeri. Saya sendiri tidak diberi tahu perkara ini,” kata exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan itu lagi. - seterusnya...

2 ulasan:

  1. Si Jebon ni PAS nak harap??? Sudahlah!!! Suroh dia pi melingkop!!

    BalasPadam
  2. mampuke MDKS buat pembaharuan ni.sama2lah kita tengok.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.