Halaman

Isnin, Julai 23, 2012

MUSTAFA ALI MENGAMUK BILA ADA ORANG KACAU AWEK DIA!!!


Apa punya mangkuk la Si Mustafa Ali ni ye. Tindakan dia ni sikit pun tak memberi gambaran sebenar mengenai apa yang dituduh terhadap UMNO.

Sebaliknya, ia hanya memalukan PAS sahaja dan turut memburukkan artis - artis yang terlibat sahaja. Soalnya, siapa yang memburukkan artis ni?

Bukan ke sebelum ini, Ketua Penerangan PAS sendiri yang mengakui bahawa PAS mempergunakan artis untuk menarik undi dikalangan orang  - orang muda?

Jadi, untuk apa lagi Si Mustafa Ali ni nak tunding jari dan menuduh UMNO pulak yang memburukkan imej artis terbabit? Padahal, diorang yang buat dulu.

Diorang yang terang - terang memperalatkan artis demi kepentingan Politik masing - masing dan perkara itu diakui sendiri oleh Ketua Penerangan PAS.

Takkan la Si Mustafa Ali tu terasa songeh bila ada pihak membuat dakwaan bahawa PAS hanya memperalatkan artis untuk tujuan tersebut? Dah memang itu la hakikatnya.

Cuba la Si Mustafa Ali tu bawak belajar terima sikit kenyataan ni. Jangan la asyik sangat nak menunding jari dan menyalahkan orang lain je kerjanya!!! Mengaku je bersalah, habis cerita. Yang nak buat dosa kering tu buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis.

Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah.

“Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.

"Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.