Fuh!!! Patut la nafsu Si Assmin ni buas semacam je. Tak pernah orang tengok nafsu yang mampu mengalahkan Si Ketua Penipu tu. Rupanya, Si Assmin ni lagi teruk.
Tapi, apa boleh buat ye tak. Dah memang itulah jenis puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Nafsu diorang lagi besar dari orang lain. Itu pasal la kita tengok Si Ketua Penipu tu sanggup balun kiri kanan depan belakang!!! Dia bukan kira, janji BALUN!!!
GA - Di dalam PKR, antara orang yang paling mempunyai jiwa political animal, selain Anwar – adalah Azmin. Hasil didikan Anwar, permainan politik Azmin nampak matang dan berpandangan jauh.Ada strategi. Bukan hentam keromo. Bukan stail Azmin untuk bertindak tanpa sebarang analisa dan kajian. Azmin sangat berstrategi dalam politik, dilatih oleh Anwar, dia sangat berkira-kira dalam percaturan strategi politik.Sebagai rakan lama Azmin, hanya yang boleh diberitahu kepada Anwar, jangan under-estimate anak Pak Ali ini. Azmin pun ada permainan dan game tersendiri.Walaupun tak happy dan seronok dengan tindakan Kak Wan-Khalid-Faekah, Azmin masih lagi mampu tersenyum. Dalam senyum, Azmin melakar strategi dan usaha balas dendam.Pejabat Azmin di Taman Melawati tidak pernah sunyi dengan kehadiran kalangan Ketua-Ketua Cabang di seluruh negara. Ada sahaja.Semuanya menceritakan mengenai bermacam-macam strategi politik dan masa depan. Azmin senyum dan hanya mengangguk.Dalam masa yang sama, Azmin sudahpun menghantar beberapa orang wakil, untuk bertemu dengan beberapa orang pemimpin dalam gerak saraf BN. Azmin nak tahu berapa HARGA yang mampu dibayar, sekiranya ada usaha di peringkat beliau dan kawan-kawan Ketua Cabang untuk menukar haluan politik. Usaha ini sudah dilakukan sejak minggu lepas. Azmin nak tahu berapa ‘political worth’ dirinya kepada BN.Anwar masih belum tahu kesungguhan Azmin ini. Memang tidak sangka. Tapi, kerja risikan politik ini memang kemahiran Azmin Ali.Kita semua mesti faham, Azmin adalah seorang political animal. Professional political animal. Soal kesetiaan memang penting. Tapi jika ego, maruah, harga diri dan integriti dirinya diragui dalam PKR; dia akan bertindak mengikut keperluan.Kita tak tahu sejauh mana UMNO/BN boleh menerima Azmin dalam kelompok itu, namun itu semua boleh berlaku. Ingat terma game changer? Game boleh berubah. Ahli politik juga bisa berubah menurut masa dan keadaan.Azmin bernasib baik, kerana dia masih mendapat kepercayaan penuh macai-macai PKR di Selangor (Shuhaimi Shafie, Zuraidah Ampang dan lain-lain lagi). Nampaknya intrigue dalam PKR lebih menarik berbanding PRU akan datang. Banyak permainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.