Halaman

Rabu, Julai 18, 2012

NURUL IZZAH TERSONGEH, PEGUAM PAPANYA LEPAS TANGAN!!!


Apa lagi yang Si Nurul izzah ni nak cakap lepas ni agaknya? Kalau sebelum ni dia maki hamun pihak Polis kerana tak ambik tindakan.

Dia tuduh Polis hanya lepas tangan dalam isu pendedahan meliwat yang dibuat terhadap Papa dia. Tapi sekarang, apa lagi dia nak kata?

Peguam yang sebelum ini membela Papa dia pun buat tak tau je dengan isu tersebut. Yang dia nak marah - marah pada pihak Polis tu pasal apa?

Masalah sekarang, macam mana Polis nak ambik tindakan sedangkan Papa dia sendiri pun tak buat apa - apa laporan mengenai perkara tersebut.

Kalau betul Papa dia tu tak bersalah dan tak melakukan apa yang didakwa sebelum ini, kenapa dia tak ambik tindakan? Kenapa dia berdiam diri?

Nampak sangat la yang Papa dia sendiri pun sebenarnya takut nak tegakkan Kebenaran. Kalau suruh tegakkan benda lain, boleh la agaknya.

Tu pun masih jugak tak tegak tapi bengkok. Jadi, tak payah la Si Nurul Izzah tu nak sibuk - sibu marahkan pihak Polis dan buat tuduhan yang bukan - bukan.

Baik dia duduk diam - diam dan jangan banyak cakap. Jaga rakyat dikawasan dia tu dulu, jangan nak cakap je taunya. Ini tidak. Kalau bercakap, atas bawah bising. Tapi bab nak jaga Kebajikan Rakyat, satu Hapah pun dia tak buat. Yang dia tau, menipu tu je la kerjanya!!!
SHAH ALAM - Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti "tamparan maut" dalam waktu terdekat.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online, Sankara Nair berkata, "kami tidak mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai."

"Kami tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa sekarang," kata beliau yang bertindak sebagai salah seorang peguam utama Anwar sejak lebih sedekad lalu.

Anwar dijangka mengeluarkan reaksi berkenaan laporan itu, hari ini.

Beliau akan muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini sebagai saksi pertama dalam kes saman fitnah.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar isi kenyataan beliau dalam wawancaraBBC," kata kenyataan Biro Komunukasi PKR.

Semalam, pihak polis memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa aduan berkenaan dakwaan meliwat melibatkan Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

1 ulasan:

  1. Cikgu"S":
    Kerana perbuatan seorang bapa yang amat memalukan,seluruh keluaga akan dapat malu besar sepanjang hayat.Bahkan akan di sebut2 orang hingga 7 keturunan." Datok nenek kamu dulu salah seorang pembesar negara ini,tapi datuk kamu seorang pelewat" Itu lah antara kata2 yang di pertuturkan kepada anak cucu dari satu jenerasi ke satu jenerasi keluarga anda wahai Nurul Izah.
    Apakah anda tidak merasakan apa2? Apakah jiwa anda masih berasa tenang dengan pandangan jutaan orang dalam dan luar negara ini ? Apakah wang ringgit yang bejuta-juta itu dapat membersihkan aib ini? Apalah guna kuasa yang anda dan keluarga anda miliki,jika kuasa itu akan dikenang dalam sejarah sebagai sesuatu yang amat memalukan? Bertaubatlah sementara masa masih ada.Isyalla anda akan dapat ketenangan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.