Wah!!! Ini satu berita gempak ni. Kalau ikut spekulasi yang dibuat oleh Si Pak Berahim sebelum ini, Pilihan Raya Umum akan dibuat dalam waktu musim Haji.
Kalau spekulasi ni betul, nampak gayanya 400 orang Imam ni nanti tak dapat la mengundi sewaktu Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Bukan sebab apa. Perdana Menteri hari umum seramai 400 orang Imam yang ada diseluruh Malaysia akan dihantar untuk pergi menunaikan Haji.
Kenapa pulak PM nak buat macam tu sedangkan PAS sebelum ni dah cakap yang PRU akan diadakan dalam waktu tersebut?
PM tak takut ke yang Barisan Nasional akan kehilangan 400 undi sewaktu Pilihan Raya Umum yang akan datang?
Atau mungkin 400 orang Imam tu semuanya pengikut PAS kot. Itu pasal la PM hantar diorang pergi menunaikan Haji supaya diorang tak dapat nak mengundi PAS.
Tapi, persoalannya, adakah PM terlalu bodoh nak buat kerja - kerja macam tu? Jawapannya, TIDAK!!! PM bukannya jenis macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang suka bercakap menggunakan Kepala Lutut!!! PM bercakap guna Kepala Otak!!!
SERDANG - Jumlah imam serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini dinaikkan kepada 400 orang, berbanding kira-kira 100 orang tahun lepas.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.Beliau turut mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam serta 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh negara untuk dibuat jubah, di samping dua tong air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara.Menurutnya kain dari jenis yang cukup berkualiti itu dipilihnya sendiri dan diberikan awal agar penerima dapat membuat jubah khas untuk dipakai pada sambutan 1 Syawal nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.