Selama hari ni, memang kita dapat tengok dengan jelas bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang tu hanya tau membangkang je kerja mereka.
Biar pun langkah - langkah dan tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan tu dilihat betul oleh rakyat, namun puak - puak tu masih jugak tak puas hati.
Terutama sekali Si Nurul Izzah tu la. Maka sebab itulah dia digelarkan Ratu BAF dan membangkang tu menjadi agenda utama dia.
Perkar itu juga turut diakui oleh salah seorang ADUN Pembangkang yang ada di Negeri Pahang ni sewaktu berbahas dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Soalnya, adakah setakat itu je yang diorang tau buat? Takkan la rakyat pilih diorang menjadi wakil hanya semata - mata untuk membangkang je kerjanya!!!
Takkan la diorang tak reti buat kerja lain!!! Dalam isu perkembangan terkini di Syiria sebagai contoh. Diorang setakat tau buat desakan je. Tapi dalam soal nak ambik tindakan, satu Hapah pun diorang tak buat!!! Setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pemindahan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini.Pemindahan ini diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia.Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan, kata Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini.Sehingga kini, kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu berada dalam keadaan selamat.Kementerian sekali lagi menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih.Kementerian telah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh menghubungi talian 03 - 8887 4570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.