KUANTAN - Saingan separuh akhir bagi acara Bola Tampar baru sahaja selesai diadakan di gelanggang Bola Tampar Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Ching Kuantan hari ini.
Saingan hari ini menyaksikan kategori Lelaki dan Wanita berentap untuk melayakkan diri masing - masing ke peringkat akhir bagi merebut pingat Emas.
Seawal jam 3.00 petang tadi, saingan kategori Wanita telah dijalankan diantara skuad Negeri Pahang bertemu Sarawak manakala Perak bertemu dengan Johor.
Skuad Wanita Pahang tumpas kepada Sarawak secara 'straight set' 3-0 dengan pungutan mata 24-26 / 23-25 / 17-25.
Manakala pasukan Perak pula tumpas bertemu dengan pasukan pasukan Johor juga 3-0 dengan jumlah pungutan mata 25-22 / 25-23 / 25-22.
Namun Pahang mendapat berita gembira apabila skuad Bola Tampar Lelaki berjaya menundukkan pasukan Selangor.
Bermula dengan garang, Pahang berjaya mendahului set pertama dan kedua. Walau bagaimanapun mereka tumpas dalam set ketiga dan keempat.
Selangor terus memberi saingan sengit dalam pusingan penentuan namun masih belum mampu untuk menjinakkan skuad Tok Gajah.
Pahang menang ke atas Selangor dengan pungutan mata 25-23 / 25-21 / 17-25 / 22-25 / 15-12. Seterusnya melayakkan Pahang ke saingan akhir bertemu dengan Johor esok. - pahangku.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.