Halaman

Ahad, Julai 22, 2012

THE JOKER CUBA MEMALUKAN BARACK OBAMA!!!



AURORA - Lelaki amuk yang ditangkap atas pembunuhan tembakan rambang ketika penayangan filem baru, Batman: The Dark Knight Rises di panggung wayang Century 16, pinggir bandar Denver, Aurora, Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah membeli lebih daripada 6,000 butir peluru melalui Internet sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, pembelian peluru dan senjata itu dibeli secara sah mengikut undang-undang.

Pada kejadian kelmarin, sekurang-kurangnya 12 orang terkorban, manakala 40 lagi cedera apabila lelaki bersenjata dikenali sebagai James Eagan Holmes, 24, atau digelar The Joker yang memakan pakaian kalis peluru dan bertopeng, melepaskan tembakan dengan senapang AR-15, senapang patah dan dua pistol selepas 15 minit filem itu mula ditayangkan.

Oates berkata, sejurus kejadian, sepasukan unit pelupusan bom dan polis dikerah ke tempat tinggal lelaki berkenaan, namun terhalang kerana dipenuhi jerangkap samar.

“Kami meminta jirannya berpindah dan kami juga melihat banyak wayar, ratusan peluru, balang cecair dan senjata seperti mortar di dalam biliknya,” katanya.

Media tempatan melaporkan, Holmes merupakan pelajar Universiti Colorado yang dalam proses penarikan diri daripada program kedoktoran di bidang neurosains.

Sementara itu, insiden terbabit memberi tamparan hebat kepada Presiden AS, Barack Obama apabila mempertikaikan undang-undang terhadap kawal
selia pembelian sejata api yang longgar.

Kejadian ini adalah kedua terburuk selepas 33 maut ketika serangan tembakan rambang di Virginia Tech pada April 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.