Halaman

Selasa, Julai 17, 2012

UIK? HARI NI KE PENUTUP SUKMA PAHANG???


Aik??? Biar betul ni beb. Ye ke hari ni berlansungnya Majlis Penutupan temasya Sukan Malaysia Pahang 2012 yang dibuat kat Pahang tu???

Semut tanya bukan sebab apa. Semalam ada orang cerita dalam laman Facebook kata perasmian tersebut diadakan semalam ketika hujan lebat sedang turun.


Kononnya, orang tu buat dakwaan mengatakan yang program tu gagal sampaikan PM pun tak jadi nak turun untuk merasmikan majlis tersebut.

Tapi, itu biasa la. Dah yang buat cerita tu pun dari kalangan puak - puak Pakatan Pembangkang. Nak buat macam mana lagi, ye tak.


Diorang ni setakat pandai buat spekulasi berdasarkan pada apa yang nampak depan mata diorang je. Bukannya nak kaji perkara tu dengan lebih mendalam. Itu pasal la diorang selalu kantoi menipu!!!
KUANTAN, 16 Julai (Bernama) -- Acara penuh warna-warni dan gilang-gemilang memeriahkan majlis penutup Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 yang melabuhkan tirainya secara rasmi di Stadium Darul Makmur di sini, Isnin malam.

Majlis penutup temasya itu yang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan', disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri pada majlis penutup itu disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Upacara dimulakan dengan Perdana Menteri menunggang basikal mengelilingi stadium, simbolik malam gilang-gemilang buat seluruh penggemar sukan tanah air.

Majlis berkenaan disaksikan lebih 40,000 penonton yang datang dari seluruh pelosok Pahang membanjiri stadium seawal pukul 5 petang.

Kombinasi konsep moden dan tradisional itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan kumpulan One Nation Emcee.

Temasya dwi tahunan yang bermula pada 1986 itu, disertai 5,828 atlet dan pegawai dari 15 kontinjen termasuk pasukan jemputan, Brunei.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan piala kepada Terengganu yang muncul juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut selepas berjaya mengutip 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.

1 ulasan:

  1. terlalu banyak langau semasa PM dan MB berbasikal,sepatutnya janganlah terlalu kelam kabut sangat bagilah ruang untuk mereka dan orang-orang yang melihat.itu bukan cara menjaga keselamatan tetapi PM kemungkinaan boleh mendatagkan mudarat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.