Wah!!! Ini cerita apa pulak ni? Cerita pasal Ostad PAS tu bertinju dengan orang sebab kantoi khalwat lagi ke? Ke cerita pasal kes ceramah macam Zul Kulim hari tu?
Bukan. Ini kisah seorang pelajar sekolah Agama dari Johor yang mewakili Negerinya untuk acara Tinju sempena Sukan Malaysia Pahang 2012. Meh baca ceritanya.
Tapi sebelum tu, suka jugak nak diingatkan. Hari ini bakal berlabuhnya tirai kejohanan Dwi-Tahunan tu. Bukan la seperti apa yang ada orang cakapkan tu.
Kata dia, Perasmian Penutup diadakan dalam hujan lebat lewat petang semalam. Nampak sangat la orang tu tak ambik tau lansung dengan perkembangan sekitar dia sendiri. Tu pun dia nak dabik dada kata dia maha mengetahui? Ceit!!! Pigidah!!!
KUANTAN - Petinju muda yang baru berusia 17 tahun dari Johor, Muhammad Azizul Hakimi membuktikan status sebagai pelajar sekolah agama tidak menghalang daripadanya menggegar gelanggang tinju apabila meraih pingat emas dalam kategori 52 kilogram.
Bakal ustaz yang mewakili Johor itu mengetepikan cabaran petinju Pulau Pinang, A. Jagadish dengan kemenangan 20-15 melalui kiraan mata pada acara akhir, semalam.
Menjadikan Mike Tyson sebagai idolanya, pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Quran Waddin meluahkan tidak mudah untuk berjaya seperti sekarang kerana banyak cabaran yang perlu dilalui terutama perlu pergi menjalani latihan secara sendiri di Persatuan Tinju Amatur Johor.
Bertambah menyukarkan keadaan, minatnya tidak direstui oleh sebahagian guru di sekolah yang kurang memberikan sokongan.
‘‘Di sekolah, ada beberapa guru memandang remeh penglibatan saya dalam sukan tinju, namun itu tidak melemahkan semangat saya untuk pergi latihan. Mujurlah masih ada guru terutama dalam bahagian akademik yang memberi sokongan secara tidak langsung dan saya ucapkan berbanyak terima kasih buat mereka.
‘‘Diharapkan pingat emas ini dapat membuka mata kepada mereka yang sebelum ini tidak yakin dengan kemampuan saya.
‘‘Bagi saya, tidak salah berkecimpung serius dalam bidang sukan asalkan tahu menjaga batas dan kita perlu ingat, bersukan juga adalah amalan Rasulullah," katanya yang ditemui, semalam.
Ia menjadi pingat emas tunggal Johor dalam acara tinju yang memperlihatkan kontinjen tuan rumah, Pahang meraih pingat terbanyak dengan kejayaan meraih dua emas, tiga perak dan tiga gangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.