PETALING JAYA: Bersempena dengan penganjuran sukan Olimpik 2012 yang bakal bermula 27 Julai hingga 12 Ogos depan, pengacara popular Aishah Sinclair akan ke London bagi menghadiri majlis buka puasa yang dikendalikan Dutch Lady Malaysia khas buat para atlet Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Rangkaian Televisyen dan Alt Media, Media Prima Berhad, Shareen Ooi, pemilihan Aishah menyertai para atlit berbuka puasa bersama-sama adalah sebagai tanda sokongannya terhadap mereka yang akan berdepan dengan perlawanan sukan masing-masing.
"Bukan mudah untuk seseorang atlit memberi fokus yang baik pada perlawanan sukan masing-masing ketika di bulan puasa.
"Mereka memerlukan tenaga yang banyak dan perlu bijak menangani emosi diri. Kehadiran Aishah sedikit sebanyak pasti akan memeriahkan mahlis buka puasa tersebut," katanya.
Majlis berbuka puas itu dikendalikan oleh Dutch Lady Malaysia khas dengan kerjasama pihak Media Prima Berhad.
Selain Aishah, tiga pemenang bertuah juga akan memeriahkan majlis tersebut dan meyaksikan temasya sukan itu setelah dipilih memenangi peraduan Chief Official Correspondent
Mereka adalah Nur Ain Tay Chui Chui dan Adam Aliff Tay Rozaki (Kuala Lumpur), Nurbaiti Mohd Zin dan Yzmeen Saniah Zainuddin (fKuala Lumpur), serta Nurulainy Mohd Noor dan Nurul Deena Ellysha (Pulau Pinang).
Pemenang dipilih melalui video selama 30 saat yang dihantar tentang mengapakah mereka harus dipilih sebagai wartawan rasmi atau Chief Official Correspondent.
Peraduan Chief Official Correspondent adalah salah satu diantara pelbagai aktiviti dan acara yang dianjurkan di bawah inisiatif Olimpik Media Prima Berhad, “Impian Emas Negara” yang dilancarkan semenjak Mei lalu.
Inisiatif ini bakal membawa harapan tertinggi negara dalam menggapai pingat emas Olimpik pertama selain memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan mereka kepada kontinjen kebangsaan di temasya sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.