Mungkin inlah norma bagi seorang pengikut Pakatan Pembangkang agaknya. Bila tak cukup buat fitnah, dia mula la menghina mahkamah.
Maka bermacam - macam la tuduhan dan tohmahan yang akan dilemparkan oleh Pencacai - Pencacai Pakatan Pembangkang ni nanti.
Antara tuduhan yang paling kerap kita dengar ialah mahkamah tak adil, mahkamah berat sebelah, ada campur tangan pemimpin Politik dan sebagainya.
Tu bila diorang ni didapati bersalah. Kalau diorang ni didapati tak bersalah pulak? Fuh!!! Tak cukup kertas diorang memuji - muji sistem kehakiman Negara.
Tapi nak buat macam mana ye tak. Macam yang dikatakan awal tadi la kan. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni bukannya tau reti nak bersyukur!!!
Jauh sekali diorang ni nak terima Kebenaran yang hakiki. Itu pasal la diorang ni suka buat dakwaan yang bukan - bukan. Nak pulak kalau kena batang hidung sendiri. Tu la. Siapa suruh diorang cari pasal tak tentu arah!!! Sekarang, baru padan muka!!!
KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya."Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima."Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.