Ps: Fenomena seperti ini bukan setakat berlaku di Negara China je sebenarnya. Kat Malaysia pun ada jugak isteri ahli Politik yang memang ada sakit jiwa.
Tinggal lagi, diorang tak berani nak mengaku bahawa mereka mengidap penyakit sedemikian rupa. Takut memalukan Si Suami KONONnya.
Tapi, ye la. Nak buat macam mana ye tak. Dah Si Suami pun dok buat kerja yang bukan - bukan. Dulu dah kantoi sekali, dia buat lagi perangai yang sama.
Lagi teruk, dengan semua jenis jantina pulak tu. Isteri mana yang tak sakit jiwa tengok perangai suami macam tu.
Bila disuruh buktikan Kebenaran, banyak pulak alasan yang dibaginya.Nak tak nak, terpaksa la Si Isteri tu pendam perasaan dia sendiri. Nak jaga air muka suami punya pasal, maruah keluarga pun sanggup digadaikannya!!!
BEIJING - Isteri seorang bekas pemimpin politik China yang meningkat naik, Gu Kailai mengaku bersalah membunuh ahli perniagaan dari Britain, Neil Heywood November lalu.Bagaimanapun Kailai mendakwa dia berhadapan dengan masalah mental.Agensi berita Xinhuamelaporkan bahawa Kailai, isteri kepada Bo Xilai yang dilucutkan jawatan kanan dalam parti awal tahun ini, bersedia menerima apa sahaja hukuman yang bakal dijatuhkan.Dia dituduh secara rasmi ketika perbicaraan semalam. Laporan media menyebut Heywood ditemui mati di Chongging November lalu.Awal hari ini, empat pegawai polis kanan mengaku bersalah menutup kes pembunuhan Heywood, lapor Xinhua.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.