Halaman

Jumaat, Ogos 10, 2012

PEMILIK DISKO LEBIH FAHAM ISLAM DARI DAPigs!!!



Pelakon Sharifah Sofia melalui pengalaman telah dihalau keluar oleh pemilik sebuah disko di sini kerana kehadirannya ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.

Sofia atau nama sebenarnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, yang bertudung sejak 1 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia mahu menghabiskan masa di pusat hiburan yang menjadi aktivitinya selama ini.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.

“Masa itu saya tertanya-tanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?” katanya kepada mStar Online pada majlis berbuka puasa bersama artis-artis veteran di Saloma Bistro di sini, Rabu.

Jelasnya, selepas kejadian itu, dia berkongsi pengalaman tersebut dengan para peminat menerusi Twitter miliknya serta membaca buku-buku panduan agama Islam, barulah dia memahami kewajaran untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat tersebut jika mahu berhijrah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun tambah Sofia, penghijrahan yang dilakukannya ini dianggap sebagai melengkapi tuntutan syarak yang wajib dilakukan seseorang wanita Muslimah.

Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.

"Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini 'kosong' tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.

"Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.

"Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri," ujarnya.

Ps: Ini menunjukkan yang Pemilik Disko tu tau nak menghormati Islam. Tahan la jugak dari puak - puak DAPigs yang jelas dan nyata menolak Islam secara terang - terangan!!! 

Diorang bukannya tau nak hormat pada orang lain pun!!!

7 ulasan:

  1. yg ko nk masuk 2 watpe.....kn tempat maksiat 2... klu nk glmor pn agakt la... x yah nk citer kt org la....

    BalasPadam
  2. Ada sedikit kebengongan la dgn selebriti ni...pelik2 jer.... nak hijrah ..hijrah teruslah..jgn nak jaja cerita bajet bagus... kdg2 meluat dgn perangai artis2 nie

    BalasPadam
  3. dah pakai tudung kenapa perlu msk tpt mcm tu.....pelik gak aku.....kalu aku jdi tokey disko aku halau gak......

    BalasPadam
  4. die nk mnceritekan yg bahawa tmpt 2 msh lg mnghormati kite sbgai umat islam.....jgn mare kn die...bimbingi lar die...manusia bkn lar maksum bagaikan nabi.....sentiase mempunyai khilafnye...tidak lengang dengan sikap alpa....berikan sokongan...jgn tmbh dugaan

    BalasPadam
  5. klu nk mendalami islam tu kenalh bguru jgn nk hrp internat sj nnt songsang le plak

    BalasPadam
  6. Bagaimana jika kita mengucap alhamdulillah selepas membaca berita di atas sehingga habis! Tumpukan ke 2 perenggan terakhir.

    BalasPadam
  7. Teringat aku kisah suatu masa dolu...artis lelaki pakai serban masuk nak berdakwah dalam sebuah pusat hiburan..tak ingat lagi siapa artis itu !

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.