Halaman

Ahad, Oktober 07, 2012

ANZALNA BERTUDUNG DI TWITTER???

Langkah mulia artis-artis tempatan berhijrah memakai tudung bukan perkara baru dalam industri hiburan tanah air. 
Ia merupakan satu perubahan positif kerana dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang sering memerikan label yang negatif kepada artis. 
Kini seorang lagi artis yang boleh dikatakan masih baru dalam bidang seni, Anzalna Nasir, 24, didapati memaparkan profil memakai tudung di akaun Twitter miliknya.

Manis sungguh wajah gadis yang berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu. Wajahnya yang mulus itu amat sesuai dikenakan dengan tudung berkenaan. 
Namun, persoalannya adakah Anzalna sudah benar-benar berubah atau ia sekadar lakonan semata-mata? 
Jika benar Anzalna sudah mula memakai tudung ataupun baru hendak berjinak-jinak dengan menutup aurat, penulis berharap ia kekal untuk selamanya dan bukan untuk sekejap pakai sekejap buka pula.

 Mungkin Anzalna mahu mencontohi beberapa artis yang sudah pun memakai tudung seperti Diana Amir, Sheila Hamzah, Farah Asyikin dan Yatt Hamzah. 
Ia satu perubahan yang sangat positif untuk Anzalna. Apa pun, yang penting, Anzalna diharap jangan cuba menjadikan tudung sebagai alat untuk meraih publisiti murahan atau perhatian dengan menyertai mana-mana politik. 
Kejap pakai, kejap tak pakai. Kalau pakai…pakai terus…kalau tak nak, jangan buat main (walaupun patutnya pakai jugak kalau tak nak pun). - sumber
Ps: Kemungkinan berita ini disiarkan lebih awal. Dari tinjauan yang dibuat, gambar profail didalam twitter Anzalna lain dari 'screenshot' diatas.

Walaubagaimana pun, harap - harap Anzalna ni nak la pakai tudung dimasa akan datang. Memang serius, cun Giler!!! Tengok gambar kat bawah ni. Kan cantik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.