Halaman

Rabu, Oktober 03, 2012

ASSMIN KATA, SAYA LA MB BARU SELANGOR!!!


Hehehe... Kelakar jugak Si Assmin ni ye. Ada jugak sisi lawak dia rupanya. Kenapa dia tak sebut je yang dia bakal jadi Menteri Besar Selangor yang baru?

Kalau sebelum ini, semua orang tahu yang dia puas berebut - rebut dengan Si Khalid Gagap tu untuk duduk di kerusi empuk sebagai MB Selangor.

Dia jugak yang memulakan gerakan untuk menggugurkan jawatan Si Khalid Gagap tu. Dia jugak yang pernah kata yang Khalid Gagap tu GAGAL buat kerja.

Malah lebih buruk dari itu. Si Assmin ni jugak la yang memulakan gerakan bantahan dan desakan supaya pemimpin PKR Pusat memecat Khalid Gagap dari jawatan MB Selangor.

Tapi disebabkan peluang untuk dia jadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang semakin cerah, jadi terpaksa la dia buat benda macam ni.

Terpaksa la dia cium bontot Si Khalid Gagap tu dan jilat semula ludah - ludah serta kahak yang pernah dia taburkan dulu. Itu la jenis manusia yang GILA KUASA ni.

Apa sahaja sanggup dilakukannya untuk mendapat kuasa. Sebelum ni diorang cabar UMNO/BN untuk dedahkan siapa MB baru selepas PRU, kenapa diorang sendiri tak buat?

Kenapa diorang sendiri tak dedahkan siapa bakal calon Menteri Besar yang baru dikalangan diorang sekiranya mereka masih kekal berkuasa di Selangor? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR - Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

1 ulasan:

  1. Anak dara tua belaan Khalid gagap pulak cakap camni:-

    PETALING JAYA: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.

    “Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.

    Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan Azmin sebagai berkata, Selangor bakal kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    Mengikut laporan itu, Khalid akan diberi jawatan menteri.

    Menurut Azmin yang juga ialah Timbalan Presiden PKR kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

    Selain itu keupayaan dan kejayaan Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka, kata Azmin yang juga adalah Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.

    Sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran Selangor, Azmin pernah disebut-sebut layak menjadi Menteri Besar.

    Kuasa sultan

    Kenyataan baru Azmin ini boleh mencetuskan perdebatan baru di antara kumpulan penyokong Azmin dan Khalid seperti yang berlaku sebelum ini.

    Faekah menambah bahawa kenyataan Azmin merupakan pandangan peribadi beliau tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

    “Saya dapat komen bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bahawa siapa jadi Menteri Besar, Perdana Menteri dan Menteri tidak dibincangkan,” kata Faekah.

    Beliau turut menegaskan bahawa kuasa melantik Menteri Besar terletak di tangan Sultan Selangor.

    “Menurut undang-undang tubuh negeri, sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar Selangor

    “Walaupun Pakatan mempunyai calon (setelah menang pilihan raya umum), kena rujuk sultan,” kata Faekah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.