Halaman

Rabu, Oktober 10, 2012

BILA PELAKON SEKSI NI ANGGAP POLITIK DUNIA SATU HIBURAN!!!


PELAKON Mila Kunis mengakui dia begitu gemar dan teruja apabila menonton berita-berita berkaitan hal-hal politik dunia.

Majalah Esquire melaporkan, Mila begitu teruja untuk mengetahui perkembangan berita berkaitan kerajaan Amerika Syarikat dan sanggup menghabiskan masa seharian menonton pelbagai saluran televisyen yang memberi fokus kepada perkembangan politik.

Pelakon filem The Forgetting Sarah Marshall itu turut berkongsi perasaan terujanya apabila dia di undang oleh seorang pembaca berita CNN iaitu Wolf Blitzer untuk menjadi pasangannya ke sebuah majlis makan malam di White House, April lalu.

"Saya menganggap dunia politik sangat menghiburkan. Saya pernah ke sebuah majlis di White House bersama Wolf. Agak pelik apabila saya dijemput oleh seseorang yang kita kenali menerusi berita yang ditonton.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu ke majlis seperti itu lagi. Majlis itu memberikan pengalaman yang sangat menakjubkan dan bermakna. Itu sudah cukup.

"Saya selalu menonton berita daripada CNN dan MSNBC. Jadi apabila bertemu Wolf dan mula berborak, saya bertanya mengenai perkembangan anak saudara Ahmadinejad (presiden negara Iran) dan kemudian Wolf terkejut kerana saya mengikuti perkembangan politik," selorohnya.

Ps: Minah ni jugak telah dinobatkan sebagai pelakon paling seksi dalam dunia menerusi majalah Esquire.

Tapi, apa yang dinyatakan oleh minah ni memang ada jugak kebenarannya. Bukan Politik dunia je menjadi hiburan. 

Politik di Malaysia pun macam tu jugak dah sekarang ni. Macam - macam watak kita boleh tengok. 

Ada yang tau buat lawak, ada yang jadi Raja Porno. Tapi semua tu puak - puak Pakatan la. Diorang memang suka buat kerja tak senonoh macam tu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.