Halaman

Sabtu, Oktober 06, 2012

DISEPAK DAN DITERAJANG KERANA KEBENARAN!!!

Hasrat murni tiga ahli DAP untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam parti bertukar sia-sia apabila usaha mereka tidak diambil-berat oleh pucuk pimpinan parti.
Sebaliknya, mereka dibelasah dan kad keahlian mereka dirosakkan oleh ‘samseng-samseng’ upahan pihak yang didakwa melakukan penyelewengan iaitu dua ahli DAP.
 
Kecewa dengan kejadian yang berlaku di Dewan JKKK Pekan Salak pada 1 Oktober lalu yang turut disaksikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mendorong Pengerusi DAP Taman Murni, Thirumalvalavan keluar parti.
 
“Saya kena tampar dan tolak daripada dewan...ditolak, diterajang..itulah perangai samseng-samseng dalam parti.
 
“Saya tak mahu lagi..saya nak keluar dari parti..teruk saya kena..” luah Thirumalvalavan yang menangis mengimbau kembali detik-detik beliau dibelasah.
 
“Saya pun sudah takut betul dalam parti ini..tujuan kita adalah untuk tolong rakyat..tapi apa tujuan mereka? Nak serang-serang ini nak buat apa? Sampai saya jatuh..” tambah beliau.
 
Menurut Setiausaha DAP Pantai Sepang Putra, Rashid Md Gani, mereka hadir ke dewan tersebut untuk menyerahkan memorandum penyelewengan hamper Deepavali dan wang untuk pembekal makanan pesta ponggal kepada Guan Eng yang pertama kali datang ke kawasan mereka mengadakan dialog.
 
Namun begitu hasrat mereka terbantut apabila diserang oleh samseng-samseng tersebut.
 
Fobia dengan insiden tersebut, Rashid memberi jaminan yang budaya samseng dalam DAP ini akan menjejaskan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
 
“Pilihan raya sudah mahu sampai..kita ingat kita mahu kekalkan DAP di Selangor. Jadi nampak gayanya cara mereka berbuat begini sudah membuktikan untuk rakyat..kita sudah tidak tahu bagaimana nak cakap lagi.
 
“Kerana kedudukan sekarang ini masih menjadi masalah-masalah yang sama. Kalau DAP tidak menyelesaikan masalah ini dengan serta-merta, daerah Sepang memang DAP tidak boleh menang saya cakap terang-terang,” tegas beliau.
 
Menurutnya, beliau kecewa dengan sikap Guan Eng dan Exco Negeri Selangor, Teresa Kok yang hanya memerhatikan sahaja mereka dibelasah tanpa mengambil sebarang tindakan.
 
Sikap DAP yang sering mengutuk parti-parti lain turut ditempelak beliau memandangkan DAP sendiri banyak perkara yang perlu diperbetulkan.
 
“Lim Guan Eng tiada ambil tindakan apa-apa, Teresa Kok juga tiada ambil tindakan apa-apa yang sewajarnya. Mereka ambil endah tak endah sahaja..buat tak tahu sahaja..macammana dia nak jaga rakyat? Dia(Guan Eng) nak tegur orang lain punya parti, dia punya parti pun tak boleh jaga,” tegasnya lagi.
Ps: Pergh!!! Memang tak salah la Si Mansor tu melabelkan Si Tokong Biawak tu sebagai seorang yang Sombong dan Angkuh. Rupanya, memang itulah perangai dia.

Tambah buruk lagi, Si Tokong Biawak ni rupanya Kepala Gengster. Sanggup dia tendang dan terajang ahli sendiri semata - mata sebab diorang nak tegakkan Kebenaran? Fuh!!! Kejam. Itu dengan ahli parti sendiri. Kalau dengan rakyat, lagi teruk la gamaknya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.