Rasanya, Si Assmin ni dah termasuk dalam mesin waktu gamaknya. Tak pun, dia tido selama hari ni. Kalau tidak, takkan dia boleh keluarkan kenyataan macam ni?
Kalau ikut kata Si Timbalan Presiden PKR Pusat tu, isu berkaitan dengan Si Biawak Tokong tu dengan Si Mansor Othman dah selesai sebab diorang dah buat sidang media bersama.
“Mereka sudah bertemu dan kemudian adakan sidang media bersama. Bagi saya isu ini sudah selesai dan tidak perlu diperbesarkan,” katanya menjawab soalan Agendadaily di Lobi Parlimen, Selasa.
Erk, bila pulak diorang buat sidang media tu? Kalau sebelum ni, boleh percaya jugak la diorang ada buat sidang media bersama. Itu pun entah berapa bulan yang lepas.
Sidang media tu dibuat selepas pendedahan yang dilakukan oleh sebuah blog yang dikenali sebagai Gelagat Anwar. Pendedahan itu pun sekadar bertulis.
Kalau bertulis tu, boleh la Si Mansor tu nak Poo...singh cerita sebab tak de bukti yang kukuh. Tapi yang kali ni, dia memang dah tak dapat nak lari sebab ada bukti audio.
Suara tu pulak memang suara dia yang terang dan jelas mengutuk Si Biawak tu 'Sombong dan Angkuh'. Selain itu, dia jugak kata Si Biawak tu diibaratkan sebagai 'Tokong'.
Sejak pendedahan audio tu dibuat oleh TV3 dalam Buliten Utama, sehingga kini dua pemimpin Pakatan Haramjadah tu masih tak buat sebarang sidang media.
Jadi, macam mana pulak Si Assmin ni boleh kata yang diorang dah buat sidang media tu? Macam mana pulak dia boleh kata yang isu tu dah selesai?
Yang kita tau, isu tu dah pun dibangkitkan kepada kepimpinan PKR Pusat. Yang kita tau, Si Biawak tu desak Si Ketua Penipu tu untuk menggugurkan Mansor dalam PRU akan datang.
Adakah itu yang dimaksudkan oleh Si Assmin ni? Adakah itu yang dia kata isu tu dah selesai? Selesaii dengan cara apa? Dengan cara menggugurkan dia dari jadi calon?
Setakat ini, kita hanya dimaklumkan bahawa Si mansor tu bakal dihadapkan ke lembaga disiplin parti berkaitan dengan isu tu. Tapi keputusan lembaga disiplin tu masih belum ada.
Jangan - jangan isu 'Tokong' ni akan jadi macam isu pemilihan PKR hari tu jugak kot. Punya banyak aduan dan laporan yang telah dibuat, satu pun tak dipedulikan oleh pemimpin PKR. Pun diorang sibuk kata diorang ni pejuang Keadilan? Kepala Tengkorak dia la!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.