Menjawab tuduhan kaki propa (suka menipu) yang dilabelkan kepadanya, Emma yang kini sedang mengikuti penggambaran drama bersiri Rindu Rania meluahkan perasaan kecewa kepada Kosmo! ketika dihubungi baru-baru ini.
Kosmo!: Boleh Emma jelaskan perkara sebenar yang terjadi pada hari tersebut?
EMMA: Saya demam teruk sehari sebelum sesi fotografi tapi enggan membatalkan temu janji tersebut sehinggalah saya terlewat bangun 30 minit daripada waktu sepatutnya saya berada di sana.
Tapi saya terus menghubungi wartawan (akhbar) tersebut untuk menjelaskan perkara sebenar dan ketika dalam perjalanan saya diberitahu tidak perlu lagi hadir ke sesi fotografi itu kerana semua kru sudah pulang.
Tindakan anda selepas kejadian itu? Adakah anda ada menghubungi individu terbabit untuk memohon maaf?
Ya, saya tidak putus-putus menghantar SMS, BBM (Black Berry Messenger) dan menelefon kerana rasa sangat bersalah sehingga menyebabkan mereka mencari pengganti tempat saya. Saya mohon pihaknya menukarkan sesi fotografi ke tarikh lain.
Apabila keluar artikel yang menuduh anda kaki propa, apa komen anda dan tindakan selepas membaca artikel tersebut?
Saya tidak marah, cuma sangat terkejut dan sedikit kecewa kerana dakwaan itu menjejaskan reputasi dan prestasi saya sebagai artis baharu.
Sampai ada pihak yang pada mulanya mahu menawarkan saya berlakon menghubungi saya dan meragui akan disiplin saya.
Saya ada menghubungi wartawan tersebut dan dia sendiri tidak menyangka perkara itu menjadi besar. Kami tiada sebarang masalah. Malah, kami membuat temu janji untuk mengadakan kembali sesi fotografi pada 4 Oktober ini.
Apabila timbul isu berkaitan masalah disiplin artis baharu, pastinya imej akan mudah tercalar. Janji anda kepada pihak yang akan memanggil Emma untuk sesi fotografi atau menawarkan anda berlakon selepas ini?
Sebelum ini pun saya tidak pernah datang lambat kalau ada fotografi dan kalau terlambat pun pasti saya akan memaklumkan terlebih dahulu.
Saya minta maaf sekiranya tindakan saya menyebabkan banyak pihak yang marah dan tidak percaya akan kredibiliti saya.
Memandangkan perkara sebegini menjatuhkan reputasi anda sebagai bakat baharu yang sedang mendapat perhatian semasa, ada syarat untuk pihak tersebut atau pihak-pihak lain sebelum mengatur sebarang jadual dengan anda?
Sudah pasti tiada. Saya mohon agar menghormati kerjaya saya dan tidak mengeluarkan cerita-cerita buruk mengenai saya.
Saya harap agar perkara tersebut diperbetulkan kerana ramai yang sudah salah faham. Saya juga bukan seorang pendendam dengan sesiapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.