Halaman

Jumaat, Oktober 12, 2012

ISU AIR SELANGOR MAKIN SERABUT MACAM KHALID!!!



Kemelut isu air di Selangor Nampak gayanya masih belum selesai dan masih lagi menjadi salah satu tanda tanya dikalangan rakyat.

Namun, malangnya, Rejim PKR Selangor pimpinan Khalid Ibrahim masih lagi buat endah tak endah mengenai isu tersebut dan hanya memberikan alasan demi alasan untuk terus melengah – lengahkan tindakan susulan.

Walaupun terdapat bukti baru bahawa krisis air di Selangor semakin meruncing, namun Khalid serta konco – konconya seolah – olah tidak melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang serius dan memerlukan perhatian yang segera.

Pendedahan terbaru yang dapat diperhatikan ialah mengenai penyusutan air di empangan yang didapati semakin hari semakin menuju  tahap kritikal dan sungai – sungai sekitar Negeri Selangor yang semakin kering.

Jika sebelum ini, Rejim Pakatan Selangor menjelaskan bahawa simpanan air di kawasan empangan masih mencukupi namun itu bukan lagi menjadi persoalan utama yang dapat dijadikan alasan untuk terus menangguhkan penyelesaiannya secepat yang mungkin.

Rejim Pakatan Selangor kata mereka akan melakukan pembenihan hujan dalam masa terdekat apabila paras air menurun bawah 50%.

Jangan pulak nanti apabila pembenihan hujan dibuat, hujan masih jugak tak turun – turun mereka akan kata ianya bukan salah mereka. Sebaliknya jangan pulak mereka kata ini semua ketentuan tuhan.

Memanglah air yang memenuhi empangan tu anugerah daripada Tuhan dan hakikatnya, baik air mentah mahupun air terawat penting untuk kehidupanTakkan la Rejim Khalid nak suruh rakyat akan minum air mentah dan air hujan atau air lombong? Tentu tidak bukan.  

Air empangan adalah simpanan air tidak terawat dan empangan kawal aliran sungai, bila air sungai turun air empangan dilepaskan.  Sungailah yang sepatut kita jaga juga kerana dari sinilah puncanya air yang keluar kat paip rumah setelah diproses.   

Masalah mula melanda Selangor apabila air di Empangan Sg Selangor mencatatkan penurunan dan  sungai-sungai berdekatan samada hampir kering ataupun sudahpun jadi padang bola.

Nampak jelas bukan? Paras air yang menyusut di Empangan Sg Selangor jelas membuktikan kerajaan negeri tidak boleh terus menerus bergantung kepada sumber air  mentah daripada empangan yang sedia ada sahaja.

Musim kemarau nanti macam mana?  Air lombong ataupun air tanah pun tidak ada untuk diproses.  Dan musim kemarau lah rakyat akan guna air banyak, maklumlah panas nak kena mandi selalu, siram pokok dan macam-macam lagi.

Persoalan sekarang ialah bukan soal sama ada simpanan air dalam empangan itu banyak atau pun tidak. Soalnya sekarang ialah mengenai isu air terawat yang perlu disalurkan dan dibekalkan kepada rakyat dan juga punca air mentah tambahan.

Andaikata air didalam empangan sampai melimpah ruah dan air disungai mencapai tahap yang mencukupi, ianya tidak akan membawa sebarang erti jika bekalan air bersih tidak dapat disediakan kepada rakyat. Itu soal utamanya.  Loji tambahan juga diperlukan.

Tulah sebabnya dari dulu lagi terowong Pahang-Selangor dikenalpasti sebagai sumber air mentah tambahan dan loji rawatan air Langat 2 untuk memproses air.

Rakyat di setengah kawasan sudah lama menderita masalah kekurangan air dan penderitaan ini bakal berpanjangan memandang perkembangan ekonomi dan populasi Selangor yang pesat.

Dimana sikap kebertanggungjawaban yang selama ini dilaung – laungkan oleh Rejim Pakatan Khalid Ibrahim? Dimana sikap jujur dan telus dalam menjaga kebajikan rakyat yang sering kali menjadi bahan untuk dia mendabik dada?

Isu air adalah isu rakyat, bukan isu politik.  Takkan la Rejim Pakatan Khalid Ibrahim ni hanya nak memperjuangkan Bersih dalam Pilihan Raya je. Macam mana pula dengan Bersih dalam membekalkan air kepada rakyat yang menjadi salah satu keperluan harian mereka?

Nah!!! Jelas bahawa Rejim Pakatan Khalid Ibrahim ni GAGAL melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka. Baru suruh jaga air pun diorang dah tak mampu nak buat. Inikan pulak kalau suruh buat benda – benda lain kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.