Halaman

Sabtu, Oktober 06, 2012

IZARA BUKAN SENGAJA NAK BUAT SENSASI!!!



PERJALANAN meredah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari ibu kota Kuala Lumpur ke daerah kecil di bandar Taiping, Perak hujung minggu lalu membuahkan hasil apabila dapat bersua muka dengan si cantik manis Izara Aishah.

Ketika ditemui, pelakon itu sedang sibuk berlatih untuk babak aksinya bertempur dengan pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof.

Kelapangan seketika bintang Vanilla Coklat usai dikerumuni peminat daripada kawasan sekitar pantas diselitkan dengan temu ramah bersama rakan media.

Menyelak kembali pendedahan sensasi Izara tentang hubungan cintanya dengan seorang jejaka berusia 20 tahun lewat minggu lalu, bicara dimulakan dengan tanda tanya tindakan pelakon itu.

Tegas pemilik nama Izara Aishah Hisham, 20, dia tidak melihat pendedahan kepada khalayak mengenai kekasih hatinya itu sebagai satu propaganda. Malah dia berasa selesa dengan tindakan yang diambilnya.

Pendedahan itu, bagaimanapun tambah Izara tidak memberi kesan kepada karier seninya termasuk peminat. Malah, tindakan tersebut juga disokong oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Sebenarnya saya tidak pernah sembunyikan dengan siapa saya berkawan dan dengan siapa saya bercinta sebelum ini. Saya dan dia pun sudah lama kenal. 

"Jadi, tidak timbul isu saya cuba menipu atau mencipta sensasi apabila saya membuat pendedahan terlalu mudah dan tidak banyak bermain teka-teki.

"Keputusan untuk memberitahu kepada khalayak adalah keputusan saya sendiri dan untuk merahsiakan perkara tertentu juga keputusan saya. Maka orang ramai perlu menghormati hak privasi saya.

Saya tidak mahu dituduh berbohong atau cuba sembunyikan hakikat. Saya juga tahu batasan saya," katanya ketika ditemui di Taiping, Perak baru-baru ini.

Sebelum ini, Izara pernah memberitahu bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki sebaya yang dikenalinya sejak dari kecil. 

Namun, hubungannya dengan ahli perniagaan itu bertambah rapat setelah tamat persekolahan tingkatan lima.

Biarpun sedang diulit bahagia, tegas Izara dia tidak pernah terfikir untuk melanjutkan hubungan itu ke peringkat lebih tinggi seperti perancangan bertunang atau berkahwin dalam masa terdekat. - Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.