Belum pun reda kes mengenai isu Menteri Besar Selangor, dah timbul pulak isu n. Macam mana la SI Khalid Gagap tu tak serabut Kepala Lutut dia ye tak.
Tapi, apa boleh buat. Semua ni akibat keangkuhan dan sikap dia yang suka mendabik dada selama hari ini jugak. Dia yang angkuh dan berbangga diri dengan apa yang dia buat.
Jadi, sekarang Allah S.W.T bayar 'cash' pada dia diatas dunia supaya dia sedar dan insaf. Tinggal lagi, jenis manusia yang tak sedar diri macam Si Khalid Gagap ni, dia bukan peduli. Dia buat tak tau je!!! Dasar orang sombong la katakan!!
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan awal terhadap dakwaan berlaku urusan meragukan bernilai lebih RM1 bilion antara kerajaan negeri Selangor dengan Talam Corp, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull hari ini."Kita siasat tanpa takut atau pilih kasih semua maklumat yang kita terima. Jika terdapat asas yang cukup bahawa kesalahan dilakukan di bawah Akta SPRM, kita akan teruskan siasatan," katanya kepada Bernama di sini. Shukri, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.Beliau mengulas kenyataan ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong bahawa kerajaan Selangor telah menyelamatkan Talam yang menghadapi masalah kewangan dan telah menguasai aset syarikat itu menerusi langkah penyusunan semula hutang pada harga jauh lebih tinggi dari yang dinilai secara rasmi.Tee Yong mencabar kerajaan negeri supaya menjelaskan bagaimana langkahnya mendapatkan semula hutang RM382 juta daripada Talam berakhir dengan urusan meragukan bernilai lebih RM1 bilion. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.