Halaman

Jumaat, Oktober 12, 2012

MAMA HOT NI KEMBALI 'PANAS'!!!




Wartawan dan jurugambar Rap berusaha menjejaki pelakon yang juga pemilik nama sebenar, Raja Ema Raja Ibrahim, 44, ini di lokasi penggambaran terbaru lakonannya iaitu drama bersiri sebanyak 14 episod Bukan Untuk Aku arahan Pali Yahya untuk saluran TV9, tidak lama lagi. 

Ketika di temui di lokasi penggambaran di Seksyen 7, Shah Alam, petang kelmarin, Raja Ema mengakui dia sendiri terkejut kemunculannya di majalah itu meraih perhatian ramai.




“Sebenarnya, tidak terlintas di hati saya membuat ‘comeback’ untuk mencari glamor dan publisiti kerana bagi saya, zaman itu sudahpun berlalu. 

"Saya kembali berlakon untuk mengubat rindu pada bidang lakonan yang sudah sekian lama ditinggalkan dan pada masa sama anak-anak pun sudah besar dan mampu hidup berdikari,” katanya.



Sudah namanya anak seni, sudah pasti bidang lakonan cukup sebati dalam diri anak kepada Allahyarham Yusni Jaafar yang pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-8 (FFM8) dan Bintang Harapan Wanita Terbaik pada FFM7. 

“Kali terakhir, saya berlakon adalah filem Queen Control. Bagaimanapun, selepas berkahwin dengan Sheqal, mengandung serta melahirkan anak, saya memutuskan untuk meninggalkan bidang seni.

“Namun, hubungan saya dengan rakan artis tidak putus. Ramai juga rakan yang bertanya sama ada saya hendak kembali berlakon seperti dulu tapi saya belum bersedia sebelum ini.

“Secara kebetulan, saya juga selalu berhubung dengan menghantar ucapan Selamat Hari Raya pada rakan artis seperti penerbit drama Raja Alawiyah dan pengarah Erma Fatima setiap kali tibanya hari raya. 

“Saya juga pernah beritahu Erma, saya rindu nak berlakon semula apabila anak sudah besar dan dia terus tawarkan salah satu watak dalam drama terbaru terbitan produksinya, Bukan Untuk Aku, tahun ini,” katanya.

Raja Ema adalah artis pertama Malaysia yang mempunyai muzik video iaitu lagu Di Pertemuan Ini. 

Kemunculannya dalam filem Pernikahan Berdarah bersama pelakon Indonesia, Willy Dozan mendapat liputan meluas media dan lagu nyanyiannya Mentari Korea juga dijadikan lagu tema Sukan Olimpik Seoul 1988. 

Antara filem lakonannya adalah Cikgu Romantik, Tarik-Tarik, Sahabat, Queen Control, Boss, Sejati, Antara Dua Hati, Mawar Merah dan Sayang adalah filem terakhirnya. 

Justeru, kata Raja Ema, drama bersiri Bukan Untuk Aku adalah lakonan pertamanya selepas sekian lama menyepi.

“Saya lebih suka membaca skrip terlebih dulu sebelum menerima sesuatu tawaran berlakon. Saya juga terima tawaran Erma kerana watak Puan Sri Atilia (isteri kepada pelakon Ridzuan Hashim) dalam drama ini ada kelainan dan belum pernah dilakonkan.

“Sebelum ini saya pernah berlakon dalam sitkom tapi ia kali pertama saya bawa watak ibu yang garang dalam drama yang berat ini. Saya akui memang berasa kekok bila di lokasi penggambaran yang sudah lama ditinggalkan. 

“Bagaimanapun, pengarah muda seperti Pali, Aqasha dan bintang baru yang juga watak utama dalam cerita ini Siti Saleha juga memberi kerjasama yang baik dan saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan mereka. 

Status saya sendiri sebagai ibu kepada dua anak remaja sedikit sebanyak membantu saya menjiwai watak ibu dalam cerita ini,” katanya. 

Drama bersiri ini turut diterajui barisan bintang muda meningkat naik ketika ini iaitu Nazim Othman dan Marsha Londoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.