Halaman

Khamis, Oktober 04, 2012

MUJUR LA ARTIS NI TAK KENA GANYANG DEK JURUSOLEK!!!


KATA orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kes tak sayang mulut adalah antara isu sinonim dalam dunia seni kita selain kisah gosip artis bercinta, bergaduh sesama sendiri kerana cemburu dan terbabit dengan perkara negatif lain.

Boleh dikatakan ada-ada saja isu panas yang tercetus kerana mulut. Itulah sebabnya sampai tercipta ayat tak sayang mulut dan mulut tak ada insurans kerana tanpa sedar kadangkala ayat yang dikeluarkan boleh membuatkan orang kecil hati.

Inilah yang berlaku dalam satu kes membabitkan seorang pelakon wanita cantik baru-baru ini. Menurut sumber SS, artis ini sedang bergurau dengan beberapa rakannya yang juga orang industri. 

Bagaimanapun ketika bergurau itu, dia terlepas ayat-ayat yang agak kasar bunyinya. Pada artis ini, mungkin ia hanya gurauan tapi ia sangat menyakitkan hati golongan ‘lelaki berjiwa lembut’ yang sememangnya banyak terbabit dalam seni terutamanya dalam kerja kreatif.


Cerita ini akhirnya sampai ke telinga seorang jurusolek artis yang agak terkenal juga namanya. Memanglah dia agak bengang dengan gurauan melampau itu.


Boleh tahan jugalah marahnya hingga dia bercadang nak jumpa artis itu. 

Hasratnya bukan nak bergaduh, tapi sekadar mahukan penjelasan dan nasihatkan artis ini supaya lebih berhati-hati sebelum bercakap pada masa depan. Tambah pula, dia selalu bekerja dengan golongan ini jadi kenalah jaga perasaan mereka. 

Namun selepas berfikir secara rasional, dia akhirnya tak jadi buat begini kerana tak nak panjangkan lagi isunya. Biarlah artis ini sedar sendiri apa yang dilakukannya itu salah. 

Walau apapun pendiriannya sama ada betul atau salah, dia perlu menjaga hati rakan-rakan yang sama-sama mencari rezeki dalam bidang ini. 

SS tahu artis ini baik dan bersopan santun orangnya, tapi mungkin kesilapan kecil begini boleh menjejaskan namanya jika tak berhati-hati. 



Ps: Pesan orang tua - tua, Cakap siang pandang - pandang, Cakap malam dengar - dengar. Nak bercakap ni kena berfikir dulu. Jangan main ikut sedap mulut je.

Kalau ikut sedap mulut, maka jadi la macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Diorang tu bercakap bukan pakai Kepala Otak. Tapi semua pakai Kepala Lutut!!!

1 ulasan:

  1. Apa punya post daa.. takde fakta langsung. Artis A, rakannya, jurusolek B, orang itu, orang ini. Mengata begitu, begini. Siapa? Apa yg di kata? Implikasi apa? Tuan tanah, berita ni utk apa sebenarnya?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.