Halaman

Ahad, Oktober 07, 2012

PAK BERAHIM KANTOI MEMBODOHKAN AHLI PAS!!!


Secara keseluruhannya, apa yang dijelaskan oleh rakan blogger Semut ni memang ada kebenarannya. Tindakan Pak Berahim tu memang jelas memperbodohkan ahli - ahli PAS.

Malah, bukan setakat ahli PAS sahaja yang diperbodoh - bodohkan. Sebaliknya, seluruh umat Islam di Malaysia ni juga turut nak diperbodoh - bodohkan oleh dia.

Sekarang, jelas bahawa Pilihan Raya Umum tidak diadakan dalam musim Haji. Apa lagi yang nak diperkatakan oleh Si Pak Berahim tu? Apa pulak alasan yang dia nak buat?

Pak Berahim tu tak sedar ke yang amalan menilik masa depan ni dianggap sebagai satu perkara yang khurafat? Takkan la benda macam tu pun dia tak tau!!!

Kot ye pun Pak Berahim ni Gila Kuasa, jangan la sampai akidah umat Islam pun sanggup nak digadaikannya. Jangan la dia ingat dia sorang je yang Islam dalam Malaysia ni.

Orang lain pun ada jugak otak. Boleh berfikir. Kalau dia sendiri pun dah tak pasti tentang sesuatu perkara tu, jangan buat ramalan yang bukan - bukan. Buruknya nanti akan menimpa diri sendiri. Sekarang, dah songeh muka. Sedar la diri tu sikit!!!
Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya mengarahkan ahli Pas menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.
Arahan itu jelas kelihatan seperti Pas cuba memperbodohkan pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan sentimen umat Islam, namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.
Itulah hakikat sebenar watak dan pembawaan pemimpin Pas, cukup gah membicarakan soal hukum hakam agama tapi realitinya kepentingan politik kepartian juga yang didahulukan.
Tidak serik dengan isu tersebut, kali ini pemimpin Pas yang mempunyai pertalian keluarga dengan Mursyidul Am Pas itu sekali lagi cuba memperbodohkan khalayak dengan kenyataan yang memperlekehkan maruah penerima imbuhan BR1M dan lain-lain.
Dalam satu kenyataannya kepada media, Tuan Ibrahim mengibaratkan semua bantuan one off dalam bajet 2013 yang meliputi BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan dan pelbagai imbuhan lain untuk rakyat adalah candu beracun yang memberi kegembiraan sementara sahaja.
“Ini umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang,” demikian katanya. - seterusnya...

1 ulasan:

  1. Dulu aku hormat dia ni sebagai seorang tokoh agama tapi sekarang dah tak kedengaran dia cakap pasal agama asyik berpolitik kejar kuasa gila dunia.Aku doakan dia balik kepangkal jalan iaitu Agama Islam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.