Halaman

Jumaat, Oktober 12, 2012

SATU LAGI BENDA YANG NEELOFA PUN TAKKAN BUAT!!!

Jangan kata Neelofa, malah sesiapa sahaja yang waras kepala otaknya takkan buat apa yang telah dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni.

Walaupun sebagai artis, Neelofa ni terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis kontroversi yang hangat dan panas - panas, tapi tak mungkin dapat lawan dengan mereka.

Hanya puak - puak Pakatan Pembangkang tu sahaja yang mempunyai kelayakan untuk bertindak sedemikian rupa. Diorang je yang boleh buat kerja macam ni.

Kalau sebelum ni, diorang bukan main lagi memaki hamun dan memperlekehkan Bajet yang telah dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sampaikan Si Nurul Izzah tu siap buat tuduhan kononnya Bajet 2012 yang telah dibentangkan tu hanya akan menyebabkan Kerajaan Malaysia ni muflis.

Malah, Si Nurul Izzah tu jugak turut menyifatkan yang Bajet 2013 ni sebagai satu bajet yang Defisit bukan sekadar dari segi Fiskal, tetapi dari segi 'Moral'.

Nah!!! Sekarang, Si Tony Puaka tu sendiri mengakui bahawa Bajet 2013 tu memang menumpukan dalam membantu rakyat secara keseluruhannya.
SHAH ALAM: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tidak menafikan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira kebajikan rakyat.
 
Katanya, sokongan tersebut berdasarkan prinsip kerajaan yang membantu rakyat seperti menyediakan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak, untuk membantu rakyat di kedua-dua negeri itu mendapat barang yang berkualiti.
 
"Pada permukaannya, nampaknya ingin membantu rakyat miskin, satu program yang saya sokong prinsipnya, iaitu mengurangkan kos barangan asas kepada penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak yang pada masa ini perlu menampung kos yang tinggi.
 
"Saya harap pada masa hadapan, bajet akan lebih memberi kesamarataan kepada semua rakyat tanpa mengira sesiapa," katanya pada Wacana Sinar Harian kali ke-14 semalam.
Walau apa pun alasan yang diberikan, memang itu yang paling penting. Ianya kena dengan Gagasan 1Malaysia dimana Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.

Sekarang, apa lagi alasan yang diorang nak berikan kepada rakyat? Takkan diorang nak kata yang ini kenyataan pun peribadi Si Tony Puaka tu jugak kot!!! Agak - agak la wei!!!

Tolong la!!! Cari la alasan lain yang nak diberikan kepada rakyat ni. Dah muak dah dengar alasan yang sama macam tu. Dah nampak macam orang yang tak de idea. Kot ye pun nak menipu rakyat, jangan la suka sangat guna skrip buruk!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.